Raline Publish time 15-11-2021 11:23 PM

Pengantin lelaki kemaruk berjoget dengan penyanyi dangdut

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/pengantin-joget-dangdutt.jpeg
Kedua-dua mereka kelihatan asyik menari di pentas perkahwinan sehinggakan pengantin perempuan dilihat memandang ke arah suaminya dengan wajah menahan marah. – TikTok

Pengantin lelaki kemaruk berjoget dengan penyanyi dangdut

JAKARTA – Sebuah video memaparkan aksi seorang pengantin lelaki sedang asyik berjoget dan menyanyi bersama penyanyi dangdut menjadi tular di TikTok lantaran reaksi pengantin perempuan yang kelihatan menahan marah kerana tingkah laku suaminya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi klip video yang dikongsikan itu, pengantin lelaki dilihat sedang menyanyi dan menari bersama seorang penyanyi dangdut yang dijemput untuk memeriahkan majlis perkahwinannya.

Kedua-duanyakelihatan asyik menari di pentas majlis perkahwinan sehinggakan pengantin perempuan dilihat memandang ke arah suaminya dengan wajah menahan marah sambil bercekak pinggang.

“Isterinya hanya mampu tersenyum dan menahan marah kerana ramai tetamu yang hadir,” tulis keterangan pada video tersebut.

Pada penghujung video, ibu pengantin perempuan secara tiba-tiba naik ke atas pentas dan merampas mikrofon daripada menantunya lantas menyanyi bersama-sama penyanyi wanita tersebut.

Pengantin lelaki berkenaan kelihatan malu dengan tindakannya, lantas beredar dan mengambil makanan untuk dijamah. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/15/pengantin-lelaki-kemaruk-berjoget-dengan-penyanyi-dangdut/

Artemesiaa Publish time 16-11-2021 12:20 PM

Wah hari pertama dah nampak bunga sebenar

copy_paste Publish time 17-11-2021 10:01 AM

penyanyi lagi lawa dari bini mau x naik daun hahahahaha

afie_m Publish time 17-11-2021 04:27 PM

lelaki tu lupa kot tu majlis dia

jazaa100 Publish time 18-11-2021 04:19 PM

Tak De video ke?

gideoncross Publish time 19-11-2021 10:22 PM

copy_paste replied at 17-11-2021 10:01 AM
penyanyi lagi lawa dari bini mau x naik daun hahahahaha

Plot Twist: pnyanyi tu crush dia hahahaha.

Supersirap Publish time 21-11-2021 08:54 AM

Mungkin hobi pengantin lelaki ini berjoget dan menyanyi
Pages: [1]
View full version: Pengantin lelaki kemaruk berjoget dengan penyanyi dangdut


ADVERTISEMENT