Raline Publish time 15-11-2021 11:03 PM

Ronaldo 'kantoi' memarahi Santos

Ronaldo 'kantoi' memarahi Santos

https://assets.bharian.com.my/images/articles/potusa_1636987196.jpg
Ronaldo melepaskan kemarahannya kepada Santos selepas tamat aksi menentang Serbia, pagi tadi.


LISBON: Cristiano Ronaldo meluahkan perasaan sebenarnya kepada Fernando Santos apabila 'kantoi' melepaskan kemarahan ke atas jurulatih Portugal itu susulan kekalahan di tangan Serbia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022, pagi tadi.

Portugal perlu mengharungi pusingan 'play-off' untuk ke Piala Dunia tahun depan selepas jaringan minit akhir Aleksandar Mitrovic memastikan kemenangan 2-1 buat Serbia di Estadio da Luz.

Segalanya bermula baik buat Portugal apabila mendahului seawal minit kedua menerusi Renato Sanches sebelum Dusan Tadic mengikat kedudukan 31 minit kemudian.

Kemenangan itu membolehkan Serbia memintas Portugal untuk mengesahkan tempat ke Qatar dan Ronaldo kelihatan menitiskan air mata selepas wisel penamat.

Bukan itu sahaja tetapi bintang Manchester United itu terus menyatakan kekecewaannya selepas pasukan itu gagal mengesahkan slot automatik ke Piala Dunia.

Ketika pemain dan kakitangan kedua-dua pasukan bersalaman, Ronaldo dihampiri pemain gantian Serbia, Nemanja Radonjic dan kemudiannya mereka berpelukan.

Menerusi video klip yang dikongsi di Internet, Ronaldo kemudiannya melihat Santos yang turut menghampirinya sebelum pemain itu menjerit dan mengangkat tangannya ke udara seakan tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

Santos kemudiannya berlalu pergi selepas sempat bersalaman dengan pemain berusia 36 tahun itu.

Bekas penyerang Real Madrid itu meletakkan tangannya di pinggul sebelum menuju ke terowong dengan riak muka yang penuh kekecewaan.

Ini bukan kali pertama Ronaldo menunjukkan kekecewaannya bersama Portugal di mana dia sebelum ini pernah mencampak lilitan kaptennya di lantai dan meluru keluar daripada padang selepas jaringan kemenangannya pada minit akhir bertemu lawan sama dibatalkan, Mac lalu. - AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/11/887852/ronaldo-kantoi-memarahi-santos

Pages: [1]
View full version: Ronaldo 'kantoi' memarahi Santos


ADVERTISEMENT