kerisnaga Publish time 15-11-2021 10:07 PM

'Pasukan kaya tak menang lawan negeri miskin'

'Pasukan kaya tak menang lawan negeri miskin'Oleh Noorazura Abdul Rahman - November 15, 2021 @ 7:07pmbhsukan@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/sanuka_1636974450.jpg
Sanusi berbangga selepas Kedah seri menentang JDT pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia malam tadi.


ALOR SETAR: Pemain Kedah dilihat mempunyai semangat juang tinggi ketika menentang pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata walaupun mencatat keputusan seri, beliau berbangga dengan persembahan dipamerkan anak buah Aidil Sharin Sahak.
"Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Kedah walaupun seri malam tadi, saya hadir (ke Stadium Darul Aman), memang jangka (Kedah) balun JDT, ternyata JDT bukan lawan calang-calang dan kita mengakui kehebatan mereka.
"Kedah walaupun negeri miskin bertanding dengan pasukan kaya, tetapi pasukan kaya tidak menang. Walaupun miskin tetapi semangat juang kita tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.
Pada perlawanan itu, skuad Hijau Kuning hanya menampilkan dua pemain import dan disertai lima pemain muda yang terpaksa memikul tugas berat bagi mengekang cabaran skuad Harimau Selatan.
Semalam, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar memaklumkan isu tunggakan gaji membabitkan pemain KDA FC sudah diselesaikan menjelang perlawanan menentang JDT.
Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan pihaknya hanya akan melunaskan bayaran gaji skuad Lang Merah sekiranya turun berdepan JDT.





musangbodoh Publish time 15-11-2021 10:49 PM

boost moral player lh nk dpt gaji..;P
Pages: [1]
View full version: 'Pasukan kaya tak menang lawan negeri miskin'


ADVERTISEMENT