kerisnaga Publish time 15-11-2021 09:43 PM

TMJ hadiahkan bunga, McD kepada MB Kedah

TMJ hadiahkan bunga, McD kepada MB KedahNovember 15, 2021 @ 9:22pm


https://assets.bharian.com.my/images/articles/kedas_1636983248.jpg
TMJ memberi hadiah bunga kepada Sanusi. - Foto FB Muhammad Sanusi


KUALA LUMPUR: Aksi suku akhir Piala Malaysia antara Kedah Darul Aman (KDA) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang juga ulangan final 2019 jelas bukanlah satu pertembungan yang 'biasa-biasa.'
Bukan setakat berentap di atas padang malah 'suasana' di luar padang turut menghangatkan lagi pertemuan antara kedua-dua pasukan yang ketika ini sedang mencari slot ke separuh akhir saingan berprestij itu.
Ini kerana 'gurauan manja' antara pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor jelas menghiburkan penyokong kedua-dua pasukan.
Tunku Ismail dan Sanusi masing-masing 'berperang' menerusi laman media sosial bermula daripada sebelum aksi suku akhir pertama di Stadium Darul Aman malam tadi sehinggalah ke hari ini.
Terbaru, Sanusi berkongsi 'hadiah' yang diberikan oleh Tunku Ismail menerusi akaun Facebook rasminya, sebentar tadi.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/McdSanusi_1636983251.jpgSanusi menunjukkan hadiah dari TMJ. - Foto FB Muhammad Sanusi
"Menjunjung Kasih TMJ HRH Crown Prince of Johor atas kiriman bunga dan McD... hari khamis ni kita berentap lagi.
"Kalah, seri atau menang adalah adat perlawanan... kasi panas line tu wajib laaa," katanya menerusi hantaran terbarunya itu.
Pada aksi suku akhir pertama malam tadi, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sekali gus menyaksikan peluang masih terbuka untuk kedua-dua pasukan merebut slot ke separuh akhir.
Aksi suku akhir kedua akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Khamis ini.





Pages: [1]
View full version: TMJ hadiahkan bunga, McD kepada MB Kedah


ADVERTISEMENT