CARI-MAL Publish time 15-11-2021 06:35 PM

'Saya Dah Biasa Bagi Makan Untuk Jantan'

Itulah yang menjadi pegangan gadis ini sehingga dia memberanikan diri untuk memberi makanan kepada anjing jalanan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/15/183408fg44vs1g7vdvddsn.jpg



Menurut Nur Saffa Azwani Zohary, 21, segalanya bermula selepas dia menemui seekor anjing di kawasan pejabatnya di Shah Alam, Selangor, pada awal tahun ini.


Biarpun takut, dia tetap memberanikan diri untuk memberi makanan sehingga lama-kelamaan mula terbiasa dan akrab dengan haiwan tersebut.


"Saya jumpa anjing itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal tahun ini. Ketika saya datang bekerja, anjing tu pandang-pandang macam minta makanan.


"Mula-mula anjing tu macam ketakutan. Saya sendiri pun takut sebab tak biasa. Tapi saya tetap beranikan diri sebab kesian.


"Awalnya, saya hanya letak makanan, kemudian terus saya lari. Bermula hari itu, saya simpan makanan anjing di pejabat.


"Setiap hari saya akan bagi makan kepadanya. Rumah saya dengan tempat kerja pun hanya lapan minit perjalanan," ujarnya kepada mStar.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/15/183408jzanlu8ui0czmb0m.jpg



Mesra disapa Saffa, kerani di sebuah syarikat pembinaan itu mengakui turut kasihan melihatnya kerana anjing itu mengalami kecederaan, dipercayai terseliuh pada bahagian kaki.


Atas cadangan orang ramai, dia turut membalut kaki anjing itu dengan halia sehingga ia sembuh dan kini dapat berjalan seperti biasa.


Dedah Saffa lagi, anjing itu kini cukup selesa dengannya sehingga dia turut memberi nama gelaran untuk haiwan tersebut.


"Ramai orang tanya kenapa saya bagi nama Jantan kepada anjing itu. Sebenarnya nama itu saya bagi random saja. Nampak macam jantan, jadi saya panggil Jantan.


"Uniknya mengenai Jantan, ia tak pernah menyalak dengan saya. Kalau dengan orang lain, ia akan menyalak," ujarnya lagi.


Menurut Saffa, dia juga terkejut apabila perkongsian video mengenai anjing itu meraih lebih sejuta tontonan menerusi aplikasi TikTok


Selain menerima pujian, ada individu turut memberi sumbangan untuk dia membeli makanan haiwan.


"Mulanya saya sekadar kongsi video Jantan di TikTok. Tak sangka ia akan viral. Ramai yang minta video seterusnya.


"Alhamdulillah, saya terharu dengan semua komen. Tiada yang negatif. Ramai yang doakan saya dimurahkan rezeki.


"Selain itu, ada juga hamba Allah yang bank in duit untuk beli makanan. Saya terima mesej individu yang mahu bantu juga," ujarnya lagi.


Selain Jantan, Saffa kini turut aktif memberi makanan kepada anjing-anjing serta kucing lain yang ditemuinya saban hari.


Kata Saffa, dia percaya akan aturan rezeki Allah dan tidak kisah mengeluarkan modal untuk membeli makanan haiwan.




https://www.instagram.com/tv/CWR8HjKgdtW


"Kita tak akan rugi kalau bagi haiwan makan. Setiap kali gaji, saya akan beli makanan kucing dan anjing, letak siap-siap dalam kereta.


"Rasa puas dapat beri haiwan-haiwan jalanan makan. Kalau tak, kesian tengok mereka korek sampah. Kadang-kadang ada yang tak dapat saya bantu, rasa bersalah sangat.


"Saya dah terbiasa bagi makan untuk Jantan, bila jumpa haiwan lain, mesti akan rasa bersalah," ujarnya lagi.




Sumber: mStar

matbad Publish time 15-11-2021 08:22 PM

ala ni pn masuk forum ka? aku nak jgk la ambk video aku bgi makan kat anjing2 yg hari2 wajib aku bgi tu. aku letak nama hero, black, manu, geng, lon besama 3anak dia yg tekedek2. hihi

musangbodoh Publish time 15-11-2021 11:35 PM

kalo buleh jg kucing dah lahhh:o

vee_zara Publish time 16-11-2021 01:23 AM

I waktu kecik2 smpai skola mmg bg makan kat anjing yg jaga kebun abah i.
Even klau jalan2 dengan anak pun nampak ada anjing yg org buat pet pun i bg je anak2 i dekat2 without pegang.

Kitty_catz Publish time 16-11-2021 09:24 AM

tajuk bebenang punnnn... ;P

alah anjin jewww... ingat jantan keparats ;P

kakakko Publish time 16-11-2021 11:17 AM

Mujur ai takde tiktok. Rajin jugak bagi anjing kat ofis makan. Sampaikan bila dia dengar je kereta ai sampai mesti datang siap goyang2 ekor. Kalau rakam dah viral agaknya.;P

Artemesiaa Publish time 16-11-2021 11:36 AM

Makin ramai yang kerja macam ni sejak makin banyak terdapat anjing dan kucing dibuang oeh tuan asalnya.Ada juga yang dah diselamatkan oleh pihak NGO dan PBT.

jazaa100 Publish time 18-11-2021 04:25 PM

musangbodoh replied at 15-11-2021 11:35 PM
kalo buleh jg kucing dah lahhh

Jap lg mampuih hang kena kecammm.....

Anjing pun mak lok tuhan lol....:L

doubleharmonic Publish time 18-11-2021 08:50 PM

Kitty_catz replied at 16-11-2021 01:24 AM
tajuk bebenang punnnn...

alah anjin jewww... ingat jantan keparats

kan chuolss? hengatkan bagi makan heshe punya nasi lemak ke apam ke kat jantan gituh? biasa belanja2 tayang2 tonggek2 ke hapa persis binatang paling popular baru2 nih?

Kitty_catz Publish time 19-11-2021 08:41 AM

doubleharmonic replied at 18-11-2021 08:50 PM
kan chuolss? hengatkan bagi makan heshe punya nasi lemak ke apam ke kat jantan gituh? biasa belanj ...

khuennnnnn

menatang apooo tongek2 viral tu? itek gembo gembo, aye kedek kedek keeeewww? ;P

makadek Publish time 19-11-2021 09:57 AM

Kat rumah ade baka papilion:D

merrissa Publish time 19-11-2021 10:51 AM

musangbodoh replied at 15-11-2021 11:35 PM
kalo buleh jg kucing dah lahhh

awat...kadang2 ada kawasan byk anjing..kucing xde

tp aku trauma betol dgn anjing ni

deme suke kejar aku :'(:'(:'(


Pages: [1]
View full version: 'Saya Dah Biasa Bagi Makan Untuk Jantan'


ADVERTISEMENT