CARI-MAL Publish time 15-11-2021 01:53 PM

Letak ‘Car Seat’ Anak Dalam Kereta, Wanita Sebak Bekas Suami Masih Sayang

Seorang wanita berkongsi kisah bekas suaminya mengajak keluar makan bersama mendapat perhatian ramai di media sosial semalam.


Menerusi perkongsian video @amira.assaid di TikTok semalam, dia berkongsi detik-detik bahagia sepanjang keluar bersama bekas suaminya itu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/15/135249dfswpwrw8xm6xpfv.pngKredit foto: TikTok




Berdasarkan video berdurasi 35 saat di TikTok, dia sempat bertanyakan beberapa soalan kepada bekas suaminya sehingga menghadirkan perasaan sebak.


“Bekas suami ajak keluar makan tapi, dia letak ‘car seat’ (kerusi keselamatan kanak-kanak) anak kami dekat depan, selepas itu saya tanya, awak sayang saya lagi tak? dan bekas suami jawab ‘mestilah sayang’.


“Masa ini saya dah sebak sebab mula teringat kenangan lama kami, terima kasih bahagiakan saya, saya doakan awak bahagia selalu dan jaga anak kita baik-baik,” kata wanita itu di dalam video.


Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak dan orang ramai juga mendoakan agar mereka kembali menjalinkan hubungan seperti dulu semula.


“Mesti dia tak keluar dengan perempuan lain sebab ada ‘car seat’ anak dekat depan,” kata @Yayanggrr.


“Kadang-kadang bercerai ini bukan sebab pasangan itu yang bermasalah, tapi sebab orang lain macam ipar dan mertua hingga terjadinya perceraian,” ujar @Shashanabd.


“Saya doakan semoga awak berjodohan semula, sebab tengok pandangan masing-masing masih penuh dengan cinta,” jelas @aiennatasha91.




7030043666752277787


Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih lebih tiga juta tontonan dan 346,700 tanda suka di akaun TikTok miliknya.




Sumber: K! ONLINE

manehnya Publish time 15-11-2021 03:12 PM

Ololo sedehnya.... Sbb content mcm ni aku plak terjebak ada acc tiktok

hareeeesah Publish time 15-11-2021 03:32 PM

Hahaah sebab nak nak tengok jugak leteww

tootii Publish time 15-11-2021 04:14 PM

bercerai bkn maksud bermusuhan .. setiap yg berlaku ada hikmhanya ..

Suchi Publish time 15-11-2021 04:29 PM

Tak paham pastu depa dating tu makan2 pastu balik jelaa ye?

Kekoknya rasa tapi takpelaaa dah bercerai kan dah jd org asing laa semula.

Kurex Publish time 15-11-2021 04:50 PM

Sesuai letak dekat nod kongsi tular... Fokus ni lebih kepada sesuatu yg berilmiah

UMMI_MAI Publish time 15-11-2021 04:53 PM

lor...kena cerita kat org ke

KamikuP Publish time 15-11-2021 05:13 PM

Mohon deq qie qie tengok video ni sebelum hari bahagiua yaa

Minami2013 Publish time 15-11-2021 05:14 PM

Ni pun boleh jadi content

downiey Publish time 21-11-2021 07:30 PM

demi content ke

awenda507 Publish time 21-11-2021 07:42 PM

Mungkin takda jodoh nk jd suami istri tp berjodoh utk kekal bersahabat. Moga yg baik2 aje utk kedua2nya.

toynme Publish time 21-11-2021 10:11 PM

Malas nak komen hati i hitam kikiki
Pages: [1]
View full version: Letak ‘Car Seat’ Anak Dalam Kereta, Wanita Sebak Bekas Suami Masih Sayang


ADVERTISEMENT