kerisnaga Publish time 15-11-2021 12:55 PM

JPJ keluar 30 saman

JPJ keluar 30 samanOleh Aizat Sharif - November 15, 2021 @ 8:49ambhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhsaman15_1636937646.jpg
Anggota JPJ Perlis memeriksa kenderaan yang melalui Padang Besar bagi memastikan tiada kesalahan trafik dilakukan. - Foto JPJ Perlis


PADANG BESAR: Sebanyak 30 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PEWA) dan Teknikal yang dijalankan di sekitar Pekan Padang Besar, semalam.
Pengarah JPJ Negeri Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, berkata operasi selama dua jam bermula pada 11 pagi di KM 1 Jalan Padang Besar-Kangar itu menyasarkan pengguna jalan raya terutama pemandu kenderaan warga asing yang didapati, gagal mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Dalam masa satu jam operasi ini dijalankan sebanyak 30 notis kesalahan dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan.
"Majoriti pengguna jalan raya yang dikenakan saman dikesan melakukan kesalahan tiada lesen memandu iaitu sebanyak 10 saman.
"Selain itu, tujuh kes masing-masing direkodkan atas kesalahan cermin gelap serta tidak mempunyai perlindungan insuran pada kenderaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kesalahan lain dikesan adalah mengubahsuai lampu kenderaan secara tidak sah, memotong di garisan berkembar dan gagal mematuhi isyarat lampu merah.









musangbodoh Publish time 15-11-2021 03:40 PM

warga asing tu warga thai ka?
Pages: [1]
View full version: JPJ keluar 30 saman


ADVERTISEMENT