Raline Publish time 15-11-2021 09:14 AM

Ramai bingung lihat burung ‘tergantung tidak bertali’

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/WhatsApp-Image-2021-11-14-at-20.50.35.jpeg
Tangkap layar video tular memaparkan seekor burung kelihatan seolah-olah tergantung tidak bertali sehingga membingungkan netizen.

Ramai bingung lihat burung ‘tergantung tidak bertali’

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya berhampiran stesen Transit Aliran Massa (MRT) Damansara di sini terpegun dan bingung apabila melihat seekor burung yang seolah-olah tidak bernyawa terapung di awangan tanpa sebarang tali.

Menerusi satu video yang tular di laman Facebook hari ini, kelihatan burung tersebut yang agak besar seperti terperangkap dan tergantung di awangan namun tidak kelihatan sebarang tali yang memungkinkan kejadian itu terjadi.

Video tular berdurasi 37 saat itu turut memaparkan dua orang anggota bomba berdiri di atas jentera bomba dengan memegang sebatang kayu panjang cuba untuk menyelamatkan haiwan berkenaan sambil dikerumuni oleh orang ramai sehingga mengakibatkan kesesakan jalan raya.

Kejadian tersebut bagaimanapun bukan satu fenomena mistik apabila pihak Bomba Selangor hari ini mengeluarkan kenyataan yang memaklumkan bahawa burung tersebut sebenarnya tersangkut pada seutas tali tangsi layang-layang.

“Kejadian berlaku pada 12 November lalu dan pihak bomba telah dimaklumkan tentang kejadian kira-kira pukul 6.28 petang sebelum sepasukan anggota juga pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara telah dikejarkan ke lokasi.

“Dalam kejadian tersebut, seekor burung helang telah tersangkut pada seutas tali tangsi layang-layang namun tidak lama kemudian haiwan berkenaan telah berjaya melepaskan diri dan terbang pergi,” kata kenyataan itu.

Penularan video itu bagaimanapun telah menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook yang rata-ratanya berteka-teki bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.

“Sudah terbukti yang kita sebenarnya hidup dalam dunia Matrix,” kata Jef Pang.

“Adakah ini cubaan makhluk asing untuk ‘memancing’ penduduk bumi? soal Xiang W Ei.

“Ini mesti disebabkan oleh frekuensi 5G,” sindir Muzill Mazelan. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/14/ramai-bingung-lihat-burung-tergantung-tidak-bertali/

musangbodoh Publish time 15-11-2021 05:01 PM

gr4IBS0Jdj4

copy_paste Publish time 17-11-2021 10:06 AM

tali tangsi patut la x nampak tali tu
Pages: [1]
View full version: Ramai bingung lihat burung ‘tergantung tidak bertali’


ADVERTISEMENT