arenis Publish time 19-8-2010 03:38 PM

KREDIBILITI SEORANG PEGUAM HARTANAH

Post Last Edit by arenis at 19-8-2010 15:40

Info ni aku dapat dari http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=6532

Oleh Zainal Abidin Nor
PETALING JAYA: "Pilih dan lantik seorang peguam yang boleh menjaga kepentingan anda sebelum menandatangani sebarang perjanjian jual beli hartanah; baik rumah kediaman, kedai, apartmen, kondominium, kilang dan sebagainya," kata seorang peguam.
Khairul Anuar Shaharudin, seorang peguam dan pelabur hartanah berkata, "kesilapan yang sering dilakukan oleh seseorang pembeli ialah tidak melantik seorang peguam untuk menjaga kepentingannya.

"Memandangkan pembelian hartanah melibatkan sejumlah wang yang besar maka seseorang itu tidak mampu membuat kesilapan kerana kesilapan yang berlaku akan memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan seseorang pada masa depan," terang beliau.
Beliau berkata, "pada kebiasaannya seseorang pembeli, kalau membeli hartanah daripada pemaju (primary market), bergantung kepada peguam yang mewakili pemaju tersebut.Perjanjian Jual Beli bentuk ini biasanya memelihara kepentingan pemaju.
"Oleh yang demikian adalah penting bagi pembeli mendapatkan nasihat daripada peguamnya sendiri untuk meneliti isi kandungan perjanjian tersebut," katanya kepada Free Malaysia Today, hari ini.
Jika seseorang membeli hartanah dari "secondary market" atau daripada tuan punya hartanah itu, maka lebih baik pembeli dan penjual mempunyai peguam yang berasingan supaya kepentingan kedua-dua pihak dapat dipelihara.
"Seorang pembeli itu boleh menyuruh peguamnya membuat carian sama ada hartanah yang hendak dibeli itu di "caveat" atau bebas dari sebarang ikatan dan orang yang hendak menjual itu adalah tuan punya yang sah.
"Peguam juga boleh membantu mengenal pasti sama ada hartanah itu mempunyai hak milik, jenis tanah (pegangan bebas atau pajakan)," ujar beliau.
Khairul berkata, "setengah orang mendakwa hartanah itu milik mereka tetapi pada hakikatnya mereka tidak memilik hartanah itu, maka mereka tidak mempunyai hak untuk menjual hartanah itu."
Oleh yang demikian beliau menasihatkan supaya seseorang itu mendapat khidmat peguam sebelum membayar wang deposit atau menandatangani sebarang perjanjian jual beli.
Hartanah milik bersama
Mengenai faedah membeli hartanah secara milik bersama, Khairul berkata, cara ini mempunyai banyak kelebihan di samping terdapat juga kelemahannya.
Menurut beliau, kelebihannya ialah kos pelaburan dapat dikongsi bersama, risiko yang rendah dan pihak bank mudah meluluskan pinjaman terutama apabila melibatkan sejumlah wang yang besar.
"Dengan cara ini, kita boleh membeli lebih banyak hartanah dan jenis hartanah yang lebih mahal harganya serta boleh mendapat marjin pinjaman yang lebih tinggi," terang beliau.
Bagaimanapun, antara kelemahan bentuk pelaburan hartanah milik bersama ini ialah kemungkinan timbul masalah untuk menentukan pembahagian tentang kos pembelian, kos penyelenggaraan dan keuntungan yang bakal diperolehi kelak.
Beliau berkata, "kelemahan lain ialah masalah kepercayaan terhadap rakan kongsi dan bagaimana hendak keluar dari bentuk perkongsian tersebut apabila masing-masing atau salah seorang rakan kongsi ingin berbuat demikian.
"Bagaimanapun perkara-perkara seumpama ini hendaklah ditentukan terlebih dahulu sebelum seseorang itu menandatangani perjanjian sesama rakan kongsi," ujar beliau.
Khairul menulis sebuah buku bertajuk "40 Questions You Should Ask Your Lawyer Before Buying a Residential Property in Malaysia", yang baru saja diterbitkan.


Kalau baca dari apa yang dia ni tulis mcm terasa mcm konfiden je semua lawyer mcm dia tp hakikatnya..sekarang
mari kita kongsi bersama adakah lawyer yang korang lantik semua ni boleh memberikan services yang terbaik untuk korang...??
Korang frust tak kalu lawyer korang lambat buat kerja..sedang duit duit dh bayar semua..??


1. Lawyer aku ni mmg bank yg pilihkan..(senarai panel lawyer dia x bg pun bermakna aku x diberi peluang nak pilih lawyer mana yg aku nak)
2. Aku tak tahu apa yang lembab sangat dgn lawyer ni...sekali ketuk baru jalan kerja...(nasib baik yang dok ketuk dia owner sbb dia nak umah dia terjual cepat actually aku yg sepatutnya kejar lawyer ni supaya mempercepatkan proses sbb aku yg nak beli tp tu
la nasib aku baik sbb owner sendiri yang dok asik kol dia tanya)
3. Sampai la saat akhir owner sendiri p pej PKNS amik surat consent tu...(aku beli umah under PKNS punya projek).
Lastly settle juga kes aku ni tp tu la owner yg dok kejar lawyer tu suh cepat kalu tak hmm jgn harap..nak settle lagi

tukul Publish time 19-8-2010 07:09 PM

batul gak artikel ni...
kebanyakan kes pembeli dan penjual menggunakan loyer yg sama.....sbbnya satu je...masing2 nak kurangkan bayaran guaman...
pembeli lupa yg peguam yg dipilih pemaju/penjual aadalah peguam penjual/pemaju...
so peguam tersebut akan menjaga kepentingan clientnya terlebih dahulu..

arenis Publish time 20-8-2010 08:37 AM

batul gak artikel ni...
kebanyakan kes pembeli dan penjual menggunakan loyer yg sama.....sbbnya sat ...
tukul Post at 19-8-2010 19:09 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

tukul...

kalu alasan cari loyer yg sama kononnya bole kurangkan kos aku tak berapa setuju...
sbb lebihkurang je kosnya cuma dia orang bole adjust kat disbursment tu je...
kalu fees untuk lawyer tu mmg dah di ttpkan...

cuma aku rasa hanya dlm memudahkan urusan je...kalu ada 2 lawyer
nak kena kol la , fax la, email la, hantar surat la...lawyer dgn lawyer pun kena ada black n white
x bole main inform ckp gitu je...aku rasa mgkin melambatkan proses kat sini la..

cyberboys Publish time 24-8-2010 11:12 AM

tp realitinye peguam yg kita upah pun kadang2 hampeh gak....

nk kena push selalu....pastu kalo kita nk remindkan diorang about something kang diorang ingat kita nk tunjuk pandai lak....kalo call bnyk kali tanye pun die punye nada suara tuh mcm kita ni menggangu la sgt2....padahal kita bayar diorang...bukan mintak servis free

yg lagi best...ade peguam yg blur2 bila kita tanye something...pastu leh lak suh kita yg check SNP tulih ape....hampeh...

yarra_river Publish time 4-9-2010 07:02 AM

pengalaman aku beli rumah...lawyer ramli amarjit and singh taman indrawasih prai..mmg sucks..
sib baik kakak aku lawyer...dok ajar cara nak push lawyer nii...

merak7118 Publish time 24-9-2010 09:41 AM

tukul...

kalu alasan cari loyer yg sama kononnya bole kurangkan kos aku tak berapa setuju...
...
arenis Post at 20-8-2010 08:37 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

btl tu kos sama je..aku prefer client guna 1 loyer sbb pd aku lbh pantas dan sng pantau.

kes client selalu follow up lg bagus tp jgn le follow up tiap hr..bila clerk da inform status dan ckp anggaran ms, cb call pd ms yg dikata tu...

loyer blurrrr ni aku musykil sket...maybe dia srh refer s&p sbb client tanya benda yg ada dlm s&p.. nasihat aku client tanya btl2 apa yg x fhm b4 sign any agreement...

paling utama ialah perlunya keberkesanana komunikasi antara client & loyer...

supernaturalee Publish time 24-4-2019 04:29 PM

salam


nk tny psl peguam panel lppsa

kos guaman yg dorg bagi tu
ade x korg dpt breakdown detail kos tu
ke selepuk je dorg bg

Pages: [1]
View full version: KREDIBILITI SEORANG PEGUAM HARTANAH


ADVERTISEMENT