kerisnaga Publish time 14-11-2021 09:12 PM

Perkasa sambut baik arahan Kedah tidak perbaharui lesen judi

Perkasa sambut baik arahan Kedah tidak perbaharui lesen judi
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA | | 14 November 2021


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/11/14/1267816.jpg
Azrol .Gambar Kanan : Laporan Sinar Harian mengenai keputusan kerajaan Kedah tidak meluluskan lesen baharu judi dan hadkan penjualan minuman berakohol.

SUNGAI PETANI - Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Kedah menyambut baik arahan kerajaan negeri yang memutuskan untuk tidak memperbaharui lesen perjudian di negeri tersebut.


Ketua Penerangan Perkasa Kedah, Azrol Mansor berkata, pihaknya menyatakan sokongan penuh kepada cadangan dan tindakan tegas yang diputuskan melalui mesyuarat exco baru-baru ini.


Menurutnya, Perkasa mengesa kerajaan Kedah meneruskan momentum serta tegas untuk memastikan setiap premis perjudian sama ada berlesen mahupun beroperasi secara haram dibanteras secara menyeluruh di semua daerah.


"Tindakan tegas ini perlu diambil dan dilaksanakan segera kerana implikasi dan kesan buruk yang berlaku seperti keruntuhan akhlak, bebanan hutang dan masalah rumah tangga yang mempengaruhi masyarakat umat Islam di Kedah,"katanya dalam kenyataan pada Ahad.


Beliau berkata, Perkasa juga mendesak kerajaan mengkaji semula penjualan minuman beralkohol di pasar raya serta kedai serbaneka yang rata-rata petugas juruwang yang mengendalikannya adalah beragama Islam.


"Kami berharap Kedah dapat menjadi negeri contoh kepada negeri lain dalam isu perjudian dan penjualan minuman beralkohol.


"Semoga usaha ini dapat membuahkan hasil dalam memartabatkan amar makruf nahi mungkar," katanya.


Sinar Harian pada Ahad melaporkan keputusan dibuat kerajaan negeri Kedah untuk tidak memberi kelulusan kepada permohonan baharu lesen perjudian serta tidak memperbaharui lesen perjudian sedia ada sebaik sahaja ia tamat tempoh di seluruh negeri itu.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keputusan itu dibuat bagi mewujudkan persekitaran lebih baik untuk rakyat, selain mencapai sasaran ‘Kedah bebas judi’.


Menurutnya, lesen perjudian yang tamat tempoh tidak akan diperbaharui dan ia berkuat kuasa di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam negeri itu.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/172344/EDISI/Perkasa-sambut-baik-arahan-Kedah-tidak-perbaharui-lesen-judi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Pages: [1]
View full version: Perkasa sambut baik arahan Kedah tidak perbaharui lesen judi


ADVERTISEMENT