kerisnaga Publish time 14-11-2021 09:03 PM

Bantuan khas RM1,000 penjawat awam Kedah

Bantuan khas RM1,000 penjawat awam KedahNovember 14, 2021 @ 11:51am

https://assets.bharian.com.my/images/articles/sanusi_1636861866.jpg
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. - NSTP/ARKIB


ALOR SETAR: Kerajaan Kedah bersetuju meluluskan bantuan khas kewangan RM1,000 untuk penjawat awam dan anggota pentadbiran negeri bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika membentangkan Bajet Kedah 2022 bertemakan 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, berkata kerajaan melihat penjawat awam tetap menunaikan amanah dan tanggungjawab walaupun dalam suasana kerja terhad dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau berkata, ia berdasarkan hasil semua urusan kerajaan tetap berjalan lancar dan kutipan hasil negeri telah meningkat.
"Tahun 2021 menyaksikan pelbagai cabaran dan dugaan yang melanda negeri Kedah. Seluruh jentera pentadbiran awam negeri sentiasa bekerjasama dan memberi komitmen yang tinggi semasa pengurusan bencana ketika krisis pandemik COVID-19.
"Penglibatan jentera awam negeri bagi menguruskan PKOB (Pusat Kawalan Operasi Bencana), PPV (Pusat Pemberian Vaksin), PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19) dan PICK (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan), telah memudahkan pelbagai penyaluran bantuan.
"Terkini pula, kerajaan negeri menghadapi bencana banjir di beberapa daerah disebabkan hujan lebat luar jangka dan fenomena air pasang besar. PKOB Daerah diaktifkan 24 jam dan beberapa pusat pemindahan sementara telah dibuka bagi membantu mereka yang ditimpa musibah," katanya.
Sehubungan itu, Muhammad Sanusi mengharapkan pemberian itu dapat menyuntik semangat semua penjawat awam negeri untuk terus meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. - BERNAMA




Pages: [1]
View full version: Bantuan khas RM1,000 penjawat awam Kedah


ADVERTISEMENT