kerisnaga Publish time 14-11-2021 08:55 PM

JAS pantau kesan, punca perubahan kualiti air marin

JAS pantau kesan, punca perubahan kualiti air marinOleh Nur Izzati Mohamad - November 14, 2021 @ 12:12pmbhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/jas_1636863162.jpg
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab (tengah) mengadakan program penghayatan ekosistem habitat burung hijrah di Penaga dan Teluk Air Tawar.- Foto NSTP/ Ihsan JAS Pulau Pinang



KEPALA BATAS: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang memantau kualiti air marin negeri ini melalui program penghayatan ekosistem habitat burung hijrah di Penaga dan Teluk Air Tawar, dekat sini, semalam.
Program dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) itu diadakan sebagai salah satu aktiviti di bawah sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021.
Dalam program itu, seramai 30 sukarelawan menjalankan pemerhatian burung dari atas bot dan dari melalui jalan darat termasuk Unit Pengawasan JAS yang mengadakan pemantauan kualiti air marin.
Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata pemantauan dibuat bagi mengetahui faktor kawasan berkenaan menjadi tarikan kepada habitat burung hijrah sebagai langkah menjaga spesies haiwan itu pada masa akan datang daripada pupus.
"JAS negeri mempunyai 33 stesen pengawasan marin di Pulau Pinang yang pemantauan kualiti air marin dibuat enam kali setahun.
"Pengawasan secara rutin dan berkala ini membantu pihak kita memantau secara keseluruhan impak dan punca yang memberi perubahan kepada kualiti air marin di negeri ini termasuk kawasan yang menjadi habitat semula jadi kepada burung hijrah," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai pemantauan air marin di Penaga dan Teluk Air Tawar dekat sini, Sharifah Zakiah berkata, kualiti persekitaran yang baik, semula jadi dan sumber makana banyak antara sebab ia menjadi habitat kepada lebih daripada 150 spesies burung dan turut menjadi tempat persinggahan burung hijrah dekat situ.
"Burung ini menjadi indikator semula jadi terhadap kualiti persekitaran di kawasan terbabit yang harus kita lindungi dan pelihara bersama-sama.
"Kawasan sekitar Teluk Air Tawar dan Penaga mempunyai diversiti serta populasi yang tinggi dan berpotensi untuk diwartakan sebagai kawasan perlindungan alam sekitar seterusnya menjadi tarikan eko pelancongan.
"Namun, kemusnahan kawasan bakau dan dataran lumpur mungkin menjejaskan kehadiran burung penghijrah di masa akan datang," katanya.






Pages: [1]
View full version: JAS pantau kesan, punca perubahan kualiti air marin


ADVERTISEMENT