kerisnaga Publish time 14-11-2021 06:44 PM

2 maut, 2 cedera nahas kereta dan bas

2 maut, 2 cedera nahas kereta dan basOleh Balqis Jazimah Zahari - November 14, 2021 @ 10:36ambhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/NahasKampar_1636868198.jpg
Dua maut dan dua lagi cedera dalam kemalangan kereta dan bas di Jalan Degong, Kampar, pagi tadi. - NSTP/BOMBA


KAMPAR: Dua maut dan dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan kereta dan bas di Kilometer 39 Jalan Ipoh-Teluk Intan, di sini pagi ini.
Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.09 pagi sebelum bergegas ke lokasi dan mendapati keempat-empat mangsa menaiki kereta PROTON Persona.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, nahas membabitkan kereta berkenaan dengan sebuah bas transit awam.
"Terdapat empat mangsa lelaki, dua mangsa iaitu pemandu dan penumpang hadapan disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan, manakala dua lagi mengalami kecederaan, tetapi pemandu bas tidak cedera," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/maut2_1636868196.jpgDua maut dan dua lagi cedera dalam kemalangan kereta dan bas di Jalan Degong, Kampar, pagi tadi. - NSTP/BOMBA
Mangsa yang maut adalah pemandu kereta dikenali sebagai V Puventhiran, 36, dan penumpang, M Uthaya Kumar, 20.
Katanya, anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan penyelamat sebelum mereka yang cedera dibawa ke hospital, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi tamat jam 7.40 pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim dalam satu kenyataan kemudian, berkata nahas dipercayai apabila pemandu kereta gagal mengawal kenderaan lalu pertembungan dengan bas yang datang dari laluan bertentangan.
"Polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 6.25 pagi memaklumkan kemalangan itu. Siasatan di tempat kejadian mendapati kedudukan kedua-dua kenderaan adalah menghala ke arah Teluk Intan.
"Bas henti-henti datang dari arah Kampar menuju ke Tanjung Tualang, manakala PROTON Persona dari arah Mambang Diawan. Pemandu bas berusia 67 tahun dan dua lagi penumpang kereta itu yang cedera dibawa ke Hospital Kampar untuk rawatan lanjut," katanya.
Beliau berkata, bedah siasat dijalankan di Hospital Kampar pada jam 11 pagi tadi bagi mengenal pasti punca kematian kedua-dua mangsa dan sampel darah mereka juga akan dihantar ke makmal kimia untuk ujian.
"'Siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," 'katanya.





Pages: [1]
View full version: 2 maut, 2 cedera nahas kereta dan bas


ADVERTISEMENT