Raline Publish time 14-11-2021 11:58 AM

Van Dijk berang persembahan buruk Belanda

Van Dijk berang persembahan buruk Belanda

https://assets.bharian.com.my/images/articles/FBL-WC-2022-EUccR-MNE-NED_1636852820.jpg
Pemain Montenegro gembira meraikan gol penyamaan ketika menentang Belanda di Stadium Podgorica City. - AFP

THE HAGUE: Kapten Belanda, Virgil van Dijk menempelak persembahan babak kedua pasukannya selepas seri 2-2 di Montenegro sebagai "sangat teruk" ketika harapan mereka untuk ke Piala Dunia belum menjadi kenyataan.

Belanda boleh layak ke pusingan akhir dekat Qatar tahun depan jika menang di Podgorica dan mereka berada di landasan sebenar selepas dua gol Memphis Depay memberikan mereka kelebihan awal.

Bagaimanapun Ilija Vukotic menandakan penampilan antarabangsa pertamanya menerusi gol pada minit ke-82 bagi memberikan tuan rumah harapan sebelum Nikola Vujnovic menanduk masuk gol penyamaan empat minit kemudian.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/Depay-14n_1636852825.jpg
Pemain Montenegro, Marko Jankovic (tengah) dikekang Memphis Depay (kiri) dan Frenkie De Jong. - Foto EPA

"Cara kami bermain pada babak keuda sangat teruk," kata bintang Liverpool, Van Dijk kepada akhbar Belanda, NOS.

"Kami sentiasa mahukan bola, kami sentiasa mahu bermain bola sepak, menyerang dan menjaringkan gol. Tapi bola sepak juga ialah bagaimana untuk bertahan.

"Itulah yang kami tidak lakukan malam ini. Organisasi kami memang teruk. Kami sepatutnya boleh layak di sini."

Belanda masih mendahului Kumpulan G tetapi hanya dua mata di depan Turki yang meledak enam gol mengatasi Gibraltar.

Mereka akan menanti kehadiran Norway di Rotterdam awal pagi Rabu depan pada perlawanan terakhir manakala Turki berkunjung ke Montenegro. - AFP

https://assets.bharian.com.my/images/articles/Depay14-2_N_1636852827.jpg
Memphis Depay (kiri) meraikan gol bersama rakan sepasukan. - Foto EPA

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... bahan-buruk-belanda


Pages: [1]
View full version: Van Dijk berang persembahan buruk Belanda


ADVERTISEMENT