tari Publish time 14-11-2021 09:01 AM

Port Dickson sasar tarik 3 juta pelancong

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/1113rspd_1636794988.jpg
Setiausaha MPPD, Muhammad Zaki Yahya menyerahkan 'map' kepada Pengarah Eagle Ranch Resort Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA

Port Dickson: Tiga juta pelancong dijangka mengunjungi daerah ini sempena Tahun Melawat Port Dickson 2023.Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) Mohd Zamri Mohd Esa berkata, sepatutnya Tahun Melawat Port Dickson diadakan tahun hadapan namun berikutan kes Covid-19 masih tinggi, ia dianjakkan kepada 2023.
"MPPD juga mengharapkan daerah-daerah lain untuk turut sama membantu mempromosikan Tahun Melawat Port Dickson 2023 kerana ia secara tidak langsung merangsang pendapatan penduduk tempatan terutama peniaga," katanya selepas Program Edaran 'Fun Map' Pelancongan Daerah Port Dickson di sebuah hotel di sini, hari ini.
Katanya, pelbagai program bulanan akan diadakan pada 2023 bagi merancakkan sambutan itu.
"Ia akan dianjurkan berdasarkan tema tertentu dan kemuncaknya adalah Pesta Port Dickson yang akan diwujudkan semula seperti zaman kegemilangan pesta itu satu ketika dahulu," katanya.
Berkaitan program edaran fun map, beliau berkata, ia adalah program jelajah ke setiap hotel di daerah ini untuk mengedarkan video pelancongan yang disediakan MPPD bagi kemudahan pengunjung.
"Ia satu daripada inisiatif MPPD dalam memberikan maklumat lokasi menarik dan tempat makan popular di daerah ini selain promosi di media sosial," katanya.


sumber

tari Publish time 14-11-2021 09:03 AM

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/11/13/1266631.jpg
Foto MPPD

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/172125/EDISI/Fun-Map-Of-Port-Dickson-perkenal-lokasi-menarik-di-PD
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


PORT DICKSON - Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) memperkenalkan Fun Map Of Port Dickson sebagai inisiatif merancakkan semula aktiviti pelancongan di pusat peranginan daerah berkenaan yang suram hampir dua tahun akibat pandemik Covid-19.

Setiausaha Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Muhammad Zaki Yahya berkata, brosur tersebut mempunyai 'QR Code' bagi memudahkan pengunjung mendapatkan lokasi serta maklumat tentang pelancongan menarik di daerah ini secara cepat dan interaktif.

Katanya, brosur berkenaan diedarkan secara berperingkat ke-67 hotel di Port Dickson yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

"Sebanyak 100 helai brosur Fun Map Of Port Dickson diberikan kepada pihak hotel dan kemudian mereka (pihak hotel) akan mengedarkan kepada pengunjung yang datang menginap ke hotel masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas Program Edaran Fun Map Pelancongan Port Dickson yang turut dihadiri Pengarah MOTAC Negeri Sembilan, Siti Mazlina Maidin.

Antara lokasi menarik di Port Dickson menerusi Fun Map Of Port Dickson adalah ekopelancongan seperti PD Forest Sungai Menyala, pelancongan pertanian di Homestay Kampung Pachitan di samping pelancongan pantai termasuk Pantai Teluk Kemang, Pantai Cahaya Negeri dan Pantai Tanjung Biru.

Selain itu, beliau berkata, terdapat pelancongan pendidikan seperti melihat anak bulan di Balai Cerap Teluk Kemang, melihat bintang di Taman Eco Rimba Pasir Panjang serta pengunjung boleh menikmati pelancongan makanan, melakukan aktiviti snorkeling Port Dickson dan mencari buaya di kelong memancing.

Katanya, pemantauan dan pengawasan di setiap lokasi tumpuan sentiasa dilakukan bagi memastikan orang ramai menjaga prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam mengurangkan jangkitan Covid-19. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/172125/EDISI/Fun-Map-Of-Port-Dickson-perkenal-lokasi-menarik-di-PD
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf



Pages: [1]
View full version: Port Dickson sasar tarik 3 juta pelancong


ADVERTISEMENT