kerisnaga Publish time 14-11-2021 12:20 AM

Bom lama ditemui dalam ladang sawit

Bom lama ditemui dalam ladang sawit
NOOR AINON MOHAMED | | 13 November 2021

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/11/14/1267245.jpeg
Bom dipercayai jenis artileri 155mm dianggarkan sepanjang 29 inci dan ukur lilit 20 inci.


TANJUNG MALIM - Satu objek dipercayai bom lama ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Ladang Serigala Div A, Slim River di sini pada Sabtu.


Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas petugas Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Muallim menerima panggilan memaklumkan penemuan itu kira-kira jam 4 petang.


Menurutnya, bom berkenaan ditemui seorang lelaki di tepi laluan untuk mengangkut hasil sawit kira-kira tiga kilometer dari jalan utama.


"Bom dipercayai jenis artileri 155mm dianggarkan sepanjang 29 inci dan ukur lilit 20 inci dijumpai tertanam di tebing tanah tepi jalan dalam kebun kelapa sawit.


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/11/14/1267244.jpeg
Hanya muncung bom yang berada di luar manakala badan bom tertanam di dalam tanah.


"Siasatan lanjut mendapati hanya muncung bom yang berada di luar manakala badan bom tertanam di dalam tanah," katanya dalam satu kenyataan di sini.


Katanya, polis telah membuat kawalan di tempat kejadian.



"Kerja-kerja memusnahkan bom akan dibuat setelah bantuan daripada Unit Pemusnah Bom (UPB) sampai ke tempat kejadian," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/172228/BERITA/Semasa/Bom-lama-ditemui-dalam-ladang-sawit
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

musangbodoh Publish time 14-11-2021 03:49 AM

bom tu yg keluarkan diri dia;P
Pages: [1]
View full version: Bom lama ditemui dalam ladang sawit


ADVERTISEMENT