kerisnaga Publish time 14-11-2021 12:13 AM

Tersangkut pukat nelayan, feri terkandas 2 jam

Tersangkut pukat nelayan, feri terkandas 2 jamZuliaty Zulkiffli - November 14, 2021 @ 12:03ambhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo_2021-11-13_23-55-56_1636819417.jpg
Feri dari Langkawi ditunda ke Jeti Kuala Perlis dengan bantuan nelayan. FOTO IHSAN FERRYLINES VENTURES



ALOR SETAR: Feri membawa 312 penumpang dari Langkawi ke Kuala Perlis terkandas ketika menghampiri Jeti Kuala Perlis malam ini.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, feri itu ditunda ke terminal Kuala Perlis dengan bantuan bot nelayan.
Beliau berkata, feri itu dipercayai bertolak dari Langkawi pada jam 8 malam dan ketika hampir sampai di jeti, feri berkenaan tersangkut tali pukat nelayan di Kuala Perlis.
"Kejadian itu turut menyebabkan feri berkenaan terkandas hampir dua jam dan bot nelayan sedang menunda masuk ke terminal feri Kuala Perlis ketika ini.
"Konsortium juga turut memohon bantuan daripada penyelamat dari pihak bomba untuk memotong pukat yang sangkut di propelor feri," katanya, malam ini.









musangbodoh Publish time 14-11-2021 12:30 AM

apeda nelayan tu...mesti mabuk ketum p letak pukat kt laluan feri...;P
Pages: [1]
View full version: Tersangkut pukat nelayan, feri terkandas 2 jam


ADVERTISEMENT