kerisnaga Publish time 13-11-2021 10:43 PM

Hab pengedaran rantaian baharu bernilai RM160 juta disiap April 2022

Hab pengedaran rantaian baharu bernilai RM160 juta disiap April 2022
| | 13 November 2021

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/11/13/1267162.jpg
Chow Kon Yeow

GEORGETOWN - NI’s, sebelum ini dikenali sebagai National Instruments, hab pengedaran rantaian bekalan baharu bernilai RM160 juta dijangka siap menjelang April tahun depan selepas pembinaannya bermula secara rasmi pada Sabtu.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang menghadiri majlis perasmian itu berkata, NI akan membelanjakan kira-kira RM160 juta untuk hab berkenaan dan akan berfungsi sebagai hab pengedaran rantaian bekalan baharu NI untuk produk yang memenuhi keperluan Industri 4.0, 5G dan pasaran kenderaan autonomi.


"Hab pengedaran ini dijangka siap menjelang April 2022 dan mewujudkan 250 pekerjaan bernilai tinggi di Pulau Pinang," katanya dalam ucapannya di sini pada Sabtu.


Beliau berkata, sejak NI memulakan operasinya di sini pada 2009, Pulau Pinang telah menjadi lokasi NI beroperasi selama lebih sedekad dan tapak di sini juga merupakan tapak operasi ketiga terbesar NI dan salah satu pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) terbesarnya di luar ibu pejabatnya.


"Pulau Pinang menerusi InvestPenang, akan terus komited dalam menyediakan sokongan dan kemudahan berterusan untuk membantu projek pembesaran NI di sini. Saya teruja untuk melihat kemudahan baharu anda menjadi kenyataan," katanya.


NI yang beribu pejabat di Austin, Texas, Amerika Syarikat adalah penyedia platform yang ditakrifkan perisian yang membantu mempercepatkan pembangunan dan prestasi ujian automatik dan sistem pengukuran automatik.


Ia mempunyai kira-kira 1,000 pekerja di Pulau Pinang dengan lebih 70 peratus daripada mereka berada dalam jawatan pengurusan, teknikal dan penyeliaan.


NI menghasilkan peralatan dan perisian ujian dan pengukuran untuk saintis dan jurutera. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/172220/EDISI/Hab-pengedaran-rantaian-baharu-bernilai-RM160-juta-disiap-April-2022
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Pages: [1]
View full version: Hab pengedaran rantaian baharu bernilai RM160 juta disiap April 2022


ADVERTISEMENT