kerisnaga Publish time 13-11-2021 09:00 PM

Cemas kenderaan dihempap pokok

Cemas kenderaan dihempap pokokOleh Ahmad Hasbi - November 13, 2021 @ 11:13ambhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/tumbang_1636773182.jpg
Anggota Angkatan Pertahanan Awam memotong dan membersihak pokok tumbang dan menghempap sebuah kenderaan pacuan empat roda di Batu 1, Jalan Besar Tampin- Seremban, di sini, petang semalam. - Foto NSTP/Ihsan APM



TAMPIN: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Batu 1, Jalan Besar Tampin- Seremban, di sini, petang semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, pemandunya berusia 40-an itu sedang memandu di jalan berkenaan sebelum dihempap pokok dengan ukur lilit 150 milimeter yang tumbang akibat ribut.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tampin, Leftenan (PA) Muhammad Muthalib Satiman, berkata lelaki berkenaan yang memandu seorang diri bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
"Kami menerima panggilan kecemasan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin jam 2.16 petang memaklumkan sebatang pokok tumbang dan menghempap kenderaan milik orang awam sebelum empat anggota bergegas ke lokasi berkenaan.
"Sebaik tiba kami mendapati sebatang pokok bersaiz tiang elektrik tumbang di atas sebuah kenderaan pacuan empat roda. Pemandu seorang lelaki, sudah keluar sendiri dan tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 40 minit untuk memotong pokok dan membersihkan jalan berkenaan.
"Ketika kejadian berlaku hujan lebat dan angin kencang. Kami percaya itu menjadi punca pokok tumbang," katanya.





musangbodoh Publish time 14-11-2021 01:30 AM

bukan risau ape...nk repair tu kena kuar duit sendiri plak:'(
Pages: [1]
View full version: Cemas kenderaan dihempap pokok


ADVERTISEMENT