kerisnaga Publish time 13-11-2021 08:56 PM

4 ditahan, 2 kereta mewah ditemui semula

4 ditahan, 2 kereta mewah ditemui semulaOleh Zuhainy Zulkiffli - November 13, 2021 @ 2:46pmbhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/merc_1636785969.jpg
Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd Ra'ais (kanan) menunjukkan dua kenderaan mewah yang temui semula selepas dilarikan dari sebuah pusat servis - Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli


GEORGETOWN: Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun bersenjatakan parang dengan melarikan dua kereta mewah di pusat servis kereta di Jalan Pengkalan Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah, di sini.
Kesemua suspek berusia antara 22 hingga 26 tahun itu ditahan di beberapa lokasi berasingan di Kedah dan Perak.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd Ra'ais berkata, terdahulu polis menerima maklumat daripada pemilik pusat servis kereta berkenaan berhubung kejadian pada 21 Oktober lalu.
Katanya, mangsa mendakwa empat lelaki bersenjatakan parang itu melarikan dua kereta Mercedes Benz di pusat servis terbabit.
"Bertindak atas risikan dan maklumat awam, kesemua suspek berjaya dikesan dan ditahan di Kulim dan Sungai Petani, Kedah serta Teluk Intan, Perak antara 21 Oktober hingga 11 November lalu.
"Polis turut merampas dua kenderaan yang dilarikan itu di Teluk Intan dan Serdang, Selangor serta dipercayai bagi dijual kepada 'orang ketiga'," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Rahimi berkata, siasatan awal mendapati kereta mewah berkenaan dihantar ke pusat servis terbabit bagi tujuan penyelenggaraan.
Katanya, mengikut harga pasaran, kedua-dua kereta mewah itu bernilai kira-kira RM400,000.
"Kesemua suspek masing-masing mempunyai 20, 19, enam dan satu rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah.
"Ujian saringan air kencing terhadap satu daripada empat suspek berkenaan didapati positif methamphetamine, " katanya lagi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan berikutan kesalahan melakukan samun dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri kenderaan.
Menurut Rahimi, Polis Perak turut membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan bagi kesalahan cubaan membunuh.
Ia berikutan seorang daripada suspek yang ditahan di Teluk Intan telah melanggar kereta yang dipandu polis ketika cubaannya melarikan diri daripada ditangkap.





musangbodoh Publish time 14-11-2021 01:33 AM

adui...dh bijak dh rembat kt pusat servis...yg x bijak nya awat x buang gps trekker tu dulu wehhh;P
Pages: [1]
View full version: 4 ditahan, 2 kereta mewah ditemui semula


ADVERTISEMENT