kerisnaga Publish time 13-11-2021 08:03 PM

Harga siakap tular: 4 hari lagi jawab notis KPDNHEP

Harga siakap tular: 4 hari lagi jawab notis KPDNHEPOleh Hamzah Osman - November 13, 2021 @ 6:29pmbhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/rosola_1636799373.jpg
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid (kanan) meninjau gerai pameran selepas merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Peringkat Kebangsaan 2021 di Dataran Chenang, Langkawi. - NSTP/HAMZAH OSMAN



LANGKAWI: Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba di sini, yang tular kerana menjual hidangan siakap lebih RM1,000 mempunyai tempoh empat hari lagi untuk menjawab notis dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, ini berikutan tempoh itu dilanjutkan dari tarikh asal daripada Khamis lalu ke Rabu depan.
Katanya, beliau menerima laporan daripada penguat kuasa KPDNHEP berkaitan serahan notis pada 6 November lalu yang meminta peniaga terbabit memberi penjelasan terhadap beberapa perkara.
"Kita ada berikan notis kepada peniaga untuk menjelaskan harga makanan yang dijualnya sebelum ini, tetapi masih belum lengkap. Dia bagi harga sekali gus, kita nak perincian lengkap, berapa upah masak dan kos lain secara terperinci," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan Karnival Jualan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Peringkat Kebangsaan 2021 di Dataran Chenang, di sini.
Sebelum ini, tular dalam media sosial gambar resit menunjukkan sekumpulan individu terpaksa membayar RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap seberat 7.48 kilogram.
Media sebelum ini melaporkan, makan tengah hari sekumpulan tujuh pelancong di sebuah restoran terapung di Langkawi dikejutkan dengan harga ikan siakap yang didakwa terlalu mahal.
Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial, ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesannya berharga RM1,196.80. Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan itu termasuk hidangan makanan dan minuman lain, ialah RM1,759.50 dan tular di media sosial.
Bagaimanapun, pemilik restoran, Norasyikin Musa, menafikan pihaknya mengambil untung berlebihan dan menjelaskan pelanggan terbabit dimaklumkan berkali-kali bahawa saiz ikan itu besar ketika mengambil pesanan.
Katanya, beliau dan pekerja akan memaklumkan kepada pelanggan berat ikan dan dikira dalam sukaran gram dan setiap menu ada harga yang jelas.
Malah, katanya ikan siakap yang dipilih itu seberat 7.48 kilogram, berusia 11 tahun dan dipelihara untuk dipertontonkan sebagai tarikan kepada pengunjung restoran berkenaan.





Pages: [1]
View full version: Harga siakap tular: 4 hari lagi jawab notis KPDNHEP


ADVERTISEMENT