tari Publish time 13-11-2021 06:03 PM

Adun Mengkibol cadang empat tindakan tangani banjir kilat di bandar Kluang

https://www.johorkini.my/wp-content/uploads/bfi_thumb/Adun-Mengkibol-cadang-empat-tindakan-tangani-banjir-kilat-di-bandar-Kluang-pfzlw8pkkvp99g5sbii9ooxt3ptgdcadehww5r5czk.jpg

KLUANG, 13 NOV: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin mengemukakan empat langkah bagi menangani banjir kilat di bandar Kluang.

Empat cadangan tindakan kawalan banjir Kluang itu katanya pernah dikemukakan pada Januari 2021 dan masih boleh digunapakai.

Antaranya memperdalamkan dan melebarkan asar sungai, memperkukuh dan menaikkan tanggul, memasang injap saluran sehala (Non Return Flap Valve) dan membina kolam takungan banjir.

Terdahulu Chew meninjau lima lokasi zon banjir iaitu tebing sungai berdekatan terminal bas Kluang, outlet aliran air Jalan Anggerik, Kg Melayu, Ant Themed Park, Pasar Pagi Jalan Jelutong dan uutlet aliran air di tebing sungai kebun sayur di Jalan Jelutong.

“Setiap hujung tahun, aliran terbalik air sungai berlaku di semua outlet aliran yang dinyatakan di atas waktu hujan lebat.
“Kami bercadang membina dinding konkrit dan pasangkan injap sehala supaya elakkan banjir kilat berlaku.

“Tetapi, tindakan kawalan banjir masih belum diambil oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Kluang buat setakat ini,” kata Chew dalam satu kenyataan.

https://www.johorkini.my/wp-content/uploads/2021/11/Adun-Mengkibol-cadang-empat-tindakan-tangani-banjir-kilat-di-bandar-Kluang-3-300x223.jpg


“Paras air sungai didapati naik tinggi cepat jika hujan lebat sejak kebelakangan ini. Oleh itu, kerja pengorekan demi memperdalamkan dasar sungai harus dijalankan oleh JPS secepat mungkin,” ujarnya lagi.


Chew memberi komitmen akan membangkitkan perkara berkenaa pada sidang Dewan Undangan Negeri Johor akan datang.

“Saya akan bertanya pihak berkenaan, apakah langkah pencegahan dan kawalan banjir yang telah mereka sediakan terhadap musim banjir pada hujung tahun.

“Keberkesanan dan kebolehan JPS perlu ditingkatkan lagi, di mana harus mengambil langkah pencegahan banjir sebelum dan bukan selepas banjir berlaku.

“Sebagai wakil rakyat, tugas kami adalah menyampaikan suara rakyat dan mengawal selia pentadbiran.

“Kami telah menghantar surat kepada JPS Johor supaya memberi sedikit cadangan dan meminta penambahbaikan dijalankan,” katanya lagi.


Johorkini


Pages: [1]
View full version: Adun Mengkibol cadang empat tindakan tangani banjir kilat di bandar Kluang


ADVERTISEMENT