kerisnaga Publish time 12-11-2021 11:06 PM

Periksa harga makanan di 92 restoran, kedai makan

Periksa harga makanan di 92 restoran, kedai makanAizat Sharif
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/menu12_1636706842.jpg
PENGUATKUASA KPDNHEP Perlis melakukan pemeriksaan di restoran dan kedai makanan menerusi Ops Menu bermula 6 November lalu. FOTO ihsan KPDNHEP PERLIS


Kangar: Sebanyak 92 restoran dan kedai makan di seluruh Perlis diperiksa bagi memastikan tidak berlakunya pencatutan harga makanan yang melampau.
Operasi dilakukan susulan polemik harga makanan membabitkan ikan siakap berharga RM1,196.80 seekor di restoran terapung di Langkawi, baru-baru ini.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis, Norazah Jaapar berkata, menerusi Ops Menu bermula 6 November lalu, sebanyak 92 pemeriksaan dilakukan di restoran dan kedai makan di seluruh Perlis.
"Sepanjang pemeriksaan itu, satu tindakan kes dilaksanakan mengikut Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan Dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020 terhadap sebuah restoran di Kangar kerana didapati tidak mempamerkan tanda harga bagi makanan dijual.
"Ini adalah kesalahan serius kerana mengelirukan pelanggan di restoran itu untuk mengetahui harga sebenar makanan dipesan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, tumpuan utama pemeriksaan Ops Menu adalah memastikan peniaga sentiasa mematuhi penandaan tanda harga dan alat timbangan ditetapkan kementerian.
Menurutnya, peniaga sentiasa diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan limpahan kunjungan pelancong ke negeri ini.
Disiarkan pada: November 12, 2021 @ 4:47pm





Pages: [1]
View full version: Periksa harga makanan di 92 restoran, kedai makan


ADVERTISEMENT