kerisnaga Publish time 12-11-2021 02:46 PM

Harga ikan, hasil laut di Perlis stabil

Harga ikan, hasil laut di Perlis stabilOleh Aizat Sharif - November 12, 2021 @ 12:35pmbhnews@com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/ikan_1636696901.jpg
Peniaga di Pasar Besar Arau dan Pasar Besar Sena terus menjual dalam harga berpatutan walaupun musim tengkujuh sudah bermula. - NSTP/AIZAT SHARIF



KANGAR: Walaupun musim tengkujuh sudah bermula, harga hasil laut seperti ikan, ketam, sotong dan udang di Perlis masih terkawal dan berpatutan.
Tinjauan di Pasar Besar Arau dan Pasar Besar Sena di Kangar mendapati harga hasil laut terutama ikan berbeza berdasarkan saiz serta gred.
Ikan kembung dijual antara RM5 hingga RM10 sekilogram berdasarkan saiz.
Siakap segar dijual antara RM10 hingga RM20 sekilogram, manakala ikan seludu dijual RM14 satu kilogram.
Seorang peniaga, Bidin Omar, 65, berkata harga hasil laut terutama di Pasar Besar Arau masih terkawal dan tiada kenaikan mendadak disebabkan musim tengkujuh.
"Harga ikan masih macam biasa, kami dapat bekalan daripada pembekal di Kuala Perlis dan setakat ini tiada kenaikan harga mendadak," katanya.
Seorang lagi peniaga, Said Long, 68, dari Pasar Besar Sena, Kangar berkata, harga hasil laut seperti ikan, sotong dan ketam di kedainya banyak dipengaruhi harga jualan di Kedah.
"Ada bekalan hasil laut di kedai saya diterima dari Kedah, jadi ada kalanya harga mengikut seperti apa yang dijual di Kuala Kedah atau pasar di sana.
"Kalau harga jualan hasil laut seperti ikan di Pasar Besar Alor Setar di Mergong naik, maka kita di sini pun menerima tempiasnya dan harga akan naik.
"Buat masa ini tiada kenaikan hasil laut berlaku walaupun musim tengkujuh sudah bermula," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis, Norazah Jaapar, berkata pemeriksaan harian oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH) KPDNHEP Perlis di pasar basah dan pasar raya mendapati harga stabil bagi hasil laut seperti cencaru, kembung, pelaling, selayang, kerisi, siakap, senangin dan jenahak.
"Sama juga bagi ketam, udang, sotong dan kerang dan sehingga kini, kita tidak menerima sebarang aduan kenaikan harga bagi hasil laut yang dijual di negeri ini," katanya.
Beliau berkata, bekalan hasil laut turut stabil kerana peniaga pasar basah di Perlis turut mendapat bekalan dari Kedah.







kerisnaga Publish time 12-11-2021 02:47 PM

T4z08_lH_3I
Pages: [1]
View full version: Harga ikan, hasil laut di Perlis stabil


ADVERTISEMENT