xpdckelate Publish time 11-11-2021 09:24 PM

Latif terjun ke bidang modeling

Kuala Lumpur: Paralimpian negara Abdul Latif Romly melonjak setapak lagi dalam kariernya apabila mula berjinak-jinak dengan dunia modeling.

Pemenang pingat emas acara lompat jauh T20 pada temasya Sukan Paralimpik Rio 2016 dan Tokyo 2020 itu memperagakan pakaian kontemporari lelaki pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2021 (KLFW2021) di ibu negara hujung minggu lalu.

"Landasan pertama saya untuk @neonate.company dan @kamyaglow_hq. Terima kasih kerana diberi peluang dan menjadi sebahagian daripada pasukan," tulisnya ringkas dalam laman Instagram selain memuat naik empat keping gambar dia bergaya di pentas pertunjukan.

Neonate Clothing Company ditubuhkan pada 2014 oleh pereka selebriti tempatan Karl Shafek Ibrahim dan Syahir Hamdan.

Ternyata hantarannya itu mendapat reaksi positif daripada warganet dan peminat termasuk tunangnya Nabila Farhana.

Dia bertunang dengan Nabila, rakan baik yang dikenalinya sejak di sekolah menengah di Kangar, hujung bulan lalu.

Warganet yang dikenali sebagai @thisislengkuas berkata: "Wow, jadi model la," manakala @junelias memberi komen ringkas: "Memang kena sangat."

Seorang peminat @abumuadz12 menulis: "Sesuailah abang Latip... dulu-dulu masa bang mai Penang dok sebelah meja aku, aku ingatkan model mana. Sekali lama-lama baru teringat abang atlet. Takat boleh perhati saja. Nak tegur segan."

Warganet @meana_muliana turut kagum dengan perkembangan terbaharu Latif. "Wow... that's was amazing of you. Now that you doing modelling. Boleh jadi kerjaya selepas bersara nanti. Who knows," manakala @chietiez berharap Latif mesti mendahulukan sukan berbanding pertunjukan fesyen.

Latif, 24, berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Rio lima tahun lalu apabila dia melakukan lompatan sejauh 7.45 meter pada temasya di Tokyo.

Dia turut merangkul pingat emas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2015 di Doha dan London 2017 serta emas pada Sukan Para Asia di Incheon 2014 dan Jakarta 2018.

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/11/776221/latif-terjun-ke-bidang-modeling

xpdckelate Publish time 11-11-2021 09:24 PM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/latifr_1636612244.jpg
LATIF memperaga pakaian pada KLFW2021. FOTO Instagram latifromly
Pages: [1]
View full version: Latif terjun ke bidang modeling


ADVERTISEMENT