kerisnaga Publish time 11-11-2021 02:06 PM

Risiko kepala air di Gua Kelam, Taman Eko Rimba Bukit Ayer

Risiko kepala air di Gua Kelam, Taman Eko Rimba Bukit Ayer
BERNAMA | | 11 November 2021

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/11/11/1264452.jpg
Gua Kelam di Kaki Bukit dikenal pasti sebagai kawasan berisiko berlaku insiden kepala air sekiranya hujan lebat. - Foto Bernama

KANGAR - Gua Kelam di Kaki Bukit dan Taman Eko Rimba Bukit Ayer di Bukit Bintang dekat sini, dikenal pasti sebagai kawasan berisiko berlaku insiden kepala air sekiranya hujan lebat.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Muhamad Firdaus Yusop berkata, sebelum ini kejadian kepala air biasa berlaku di kawasan terbabit namun tidak terlalu buruk seperti di negeri lain.


“Setakat ini, JBPM belum menerima sebarang aduan atau panggilan mengenai kejadian ini (kepala air) namun kita akan membuat pemantauan di kawasan tersebut sekiranya hujan lebat.


“Sehingga hari ini (Khamis), alhamdulilah tiada kes kemalangan atau kejadian yang tidak diingini berlaku akibat kepala air, tetapi harus diingat kita tidak boleh alpa, sebarang kejadian harus dilaporkan segera kepada pihak berkuasa,” katanya kepada Bernama di sini pada Khamis.


Muhamad Firdaus sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya merancang segala aktiviti terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.


Sementara itu beliau berkata, keadaan banjir di negeri ini masih terkawal dan telah surut walaupun hujan lebat sejak beberapa hari lepas.


Muhamad Firdaus berkata, pihaknya akan sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir besar di negeri itu. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/171720/EDISI/Risiko-kepala-air-di-Gua-Kelam-Taman-Eko-Rimba-Bukit-Ayer
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Pages: [1]
View full version: Risiko kepala air di Gua Kelam, Taman Eko Rimba Bukit Ayer


ADVERTISEMENT