Raline Publish time 11-11-2021 11:04 AM

FILEM Khaenak: Serangan Pocong

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/POCONGPALEBANAXX4_1636582213.jpg
FILEM Khaenak: Serangan Pocong bergenre seram komedi.

SELEPAS sambutan luar jangkaan diterima filem seram komedi Khaenak 1 dan 2 yang ditayangkan di saluran YouTube tahun lalu, penerbit filem berkenaan KCTV Network & Broadcasting Sdn Bhd sekali lagi terpanggil untuk menghiburkan orang ramai dengan buah tangan ketiganya iaitu Khaenak: Serangan Pocong.

Filem ini dijangka lebih menghiburkan dengan garapan dan jalan cerita yang lebih kreatif serta menarik.

Pengarahnya, Emma Kasmuri berkata, berbeza dengan dua filem sebelum ini, filem ketiga itu ditayangkan di saluran Astro First bermula esok.

"Kalau diikutkan judul filem ini adalah Khaenak 3, tetapi apabila kami kemukakan kepada Astro First, saya tak sangka mereka berminat. Kemudian kami gantikan angka tiga itu dan menggunakan judul Khaenak: Serangan Pocong. Ini adalah filem sulung kami yang akan ditayangkan di Astro First," katanya.

Sebelum ini, Khaenak dikenali dengan watak utamanya iaitu hantu pontianak yang terkenal dengan panggilan Meknak, tetapi kali ini Khaenak membawa kelainan dengan menampilkan watak hantu pocong bagi menggantikan hantu golek yang sinonim dengan emas, perhiasan yang digilai wanita Kelantan.

Kisah Khaenak: Serangan Pocong berlatarbelakangkan sebuah kampung di pinggir bandar, di mana pelbagai kejadian mistik berlaku di kampung berkenaan, tetapi berjaya diselesaikan dengan kesepakatan penduduk kampung dipimpin oleh Tok Penghulu.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/POCONGPALEBANAXX6_1636582216.jpg
ANTARA babak dalam filem Khaenak: Serangan Pocong.

Seorang komposer terkenal dari Kuala Lumpur, Apak datang bercuti di kampung bersama isterinya, Yana untuk mencari ilham bagi menghasilkan lagu terbaharu. Yana mula memujuk Apak untuk membeli barang kemas selepas diperli Mek Som dan Cik Ani.

Kemudian beberapa perkara aneh mula berlaku di kampung itu apabila penduduk kampung mula diganggu dengan kehadiran pocong. Ada yang diganggu ketika memandu, ketukkan pintu dan ketika tidur.

Ditanya mengenai kejadian seram atau aneh yang berlaku ketika penggambaran, Emma menceritakan ada beberapa perkara pelik berlaku.

"Ketika hari kedua penggambaran, ketika babak buka ikatan tali pocong dilakukan jam 12 tengah malam, pelakon yang membawakan watak pocong itu tiba-tiba pengsan.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/POCONGPALEBANAXX1_1636582218.jpg
APAK Harry Khalifah (kiri) lakon watak Apak.

"Saya ada di lokasi kejadian ketika itu dan melihat sendiri apa yang berlaku. Pelakon berkenaan pengsan sehingga muka dia tersembam ke tanah," katanya.

Menurut Emma, pelakon berkenaan dibawa ke hospital dan pihaknya lega apabila tidak ada kecederaan serius berlaku terhadap pelakon berkenaan, bagaimanapun ia terpaksa digantikan pelakon lain.

"Sebenarnya sebelum kejadian itu, pelakon utama iaitu Apak ada mengalami kejadian aneh. Ia berlaku ketika babak menunggu pocong atas motor, Apak terasa seolah ada yang menarik kakinya. Apabila penggambaran selesai, baru dia menceritakan apa yang sudah berlaku," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kos penerbitan pula, Emma berkata, pada mulanya ia menelan belanja RM50,000 sahaja. Bagaimanapun, apabila filem lulus untuk disiarkan di Astro First, kos penerbitannya semakin meningkat.

"Kami perlu melakukan penggambaran beberapa babak tambahan dan terpaksa mengubah dari sudut suntingan serta warna yang bersesuaian mengikut 'quality control' (QC) bagi memenuhi standard filem.

"Akhirnya kos keseluruhan mencecah RM150,000 termasuk kos promosi dan iklan menjadikan Khaenak dikategorikan sebagai filem indie dengan bajet rendah," katanya juga bertindak sebagai penerbit.

Setakat ini Emma sudah mengarah lebih 200 drama pendek dan filem yang ditayangkan di platform YouTube dan Facebook, namun kali pertama mengarah untuk filem bagi tayangan di Astro First.

Bagi barisan pelakon, secara keseluruhannya masih mengekalkan pelakon sama dari kedua-dua filem terdahulu.

Filem ini dibintangi Apak Harry Khalifah, Diana Ezety, Kamarool Yusoff, Hushairi Husian, Along PM dan ramai lagi.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/2021/11/776058/pocong-tiba-tiba-pengsan

AbukRokok Publish time 11-11-2021 12:35 PM

benci seram komedi
mcm bodo

thai pun dah jangkit
Pages: [1]
View full version: FILEM Khaenak: Serangan Pocong


ADVERTISEMENT