kerisnaga Publish time 10-11-2021 09:47 PM

Ziyad reda, sedia bangkit rampas kembali status

Ziyad reda, sedia bangkit rampas kembali statusOleh Helmi Talkah - November 10, 2021 @ 9:35pmhelmi.talkah@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/ziyad65_1636551287.jpg
Atlet lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zokefli beraksi dalam acara F20 pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik Tokyo pada 31 Ogos lalu. - Foto BERNAMA.



KUALA LUMPUR: Jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli tidak patah semangat biarpun kerajaan memutuskan untuk tidak memberi ganjaran susulan insiden di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Ogos lalu.
Atlet berusia 31 tahun itu sebaliknya bertekad untuk kembali merampas status sebagai pemegang rekod dunia acara itu selepas rekod yang dilakukannya di Tokyo tidak diiktiraf kerana lewat tiba di bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.
"Saya terima keputusan itu (kerajaan tidak memberi ganjaran) dan reda dengan apa yang berlaku. Lagipun, saya memang tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapat ganjaran selepas apa yang berlaku kerana memang saya tidak menang.
"Saya percaya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ke atas saya dan mungkin Allah mahu beri ganjaran yang lebih baik kepada saya pada masa akan datang.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya akan buat yang terbaik untuk sekali lagi mencipta rekod dunia. Saya akan terus bekerja keras dalam latihan bagi mempersiapkan diri menghadapi kejohanan akan datang," kata Ziyad kepada BH Sukan.
Ziyad terlepas emas dan rekod dunia yang dilakukannya di Tokyo pada 31 Ogos lalu dengan catatan 17.94 meter (m) selepas penyertaannya diklasifikasikan sebagai Did Not Start (DNS) atau tidak bermula susulan protes yang dilakukan Ukraine disebabkan kelewatannya tiba di bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.
BH Sukan, semalam melaporkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan kerajaan memutuskan untuk tidak memberi sebarang ganjaran kepada Ziyad termasuk menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) selepas penyertaannya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dibatalkan.
Ahmad Faizal bagaimanapun, berkata pihaknya akan berhubung dengan atlet berkenaan bagi membincangkan mengenai ganjaran yang tiada kena mengena dengan peruntukan kewangan kerajaan.
Pemenang pingat Paralimpik Rio 2016 itu berpeluang untuk kembali merampas status selaku pemegang rekod dunia apabila dijadual beraksi di Kejohanan Olahraga Para Dunia di Kobe, Jepun pada 26 Ogos hingga 4 September 2022.
Dia juga akan beraksi dalam Sukan SEA Vietnam yang dijangka berlangsung pada Mei tahun depan selain Sukan Para Asia 2022 di Hangzhou, China bermula 9 hingga 15 Oktober.
"Saya kini sudah pun kembali ke Majlis Sukan Negara (MSN) bagi kembali menjalani latihan. Tahun depan banyak kejohanan dan saya perlu lebih bersedia dari aspek mental dan fizikal," katanya.





musangbodoh Publish time 10-11-2021 10:10 PM

xde sape salah ke??
Pages: [1]
View full version: Ziyad reda, sedia bangkit rampas kembali status


ADVERTISEMENT