kerisnaga Publish time 10-11-2021 07:48 PM

1,620kg daun saderi dari China dilupus

1,620kg daun saderi dari China dilupus
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 10 November 2021

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/11/10/1263917.jpg
JKNPP memusnahkan 1,620 kg daun saderi yang diimport dari China

GEORGETOWN - Sebanyak 1,620 kilogram (kg) daun saderi yang diimport dari China bernilai RM12,960 dilupuskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) pada Rabu.


Pengarahnya, Dr Maarof Sudin berkata, kesemua daun tersebut dikesan mengandungi racun perosak jenis Organonitrogen melebihi had yang dibenarkan.


Menurutnya, daun saderi berkenaan dibawa masuk dari China menerusi Pintu Masuk Antarabangsa Pulau Pinang.


"Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) akan sentiasa menjalankan pemantauan secara berkala ke atas produk pertanian yang dijual di pasaran tempatan.


"Ia bagi memastikan produk hasil pertanian yang diimport masuk ke negara ini mematuhi keperluan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 selain memastikan pengguna dapat dilindungi daripada isu berkaitan keselamatan makanan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Tambahnya, hasil daripada pemantauan yang dijalankan pada tahun 2020 mendapati secara purata 12.2 peratus produk pertanian yang dijual di pasaran tempatan telah melanggar residu racun perosak yang dibenarkan.


"Kebolehkesanan telah dilaksanakan dan diuar-uarkan kepada pengeluar serta pengimport produk hasil pertanian berkaitan perkara ini.


"Kami akan terus membuat pemantauan berhubung penggunaan residu racun perosak dalam produk hasil pertanian.


"Tindakan di pelbagai peringkat telah dilaksanakan bagi memastikan semua pengeluar, penjual, ejen dan pengimport produk hasil pertanian mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan- Peraturan Makanan 1985," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/171617/BERITA/Semasa/1620kg-daun-saderi-dari-China-dilupus
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Pages: [1]
View full version: 1,620kg daun saderi dari China dilupus


ADVERTISEMENT