kerisnaga Publish time 10-11-2021 07:43 PM

Taman Eko Rimba Jabatan Perhutanan Kedah ditutup

Taman Eko Rimba Jabatan Perhutanan Kedah ditutupOleh Noorazura Abdul Rahman - November 10, 2021 @ 6:30pmbhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/KEJADIAN_KEPALA_AIR_1636540199.jpg
Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia memeriksa keadaan sebuah titi pejalan kaki di Taman Eko Rimba Bukit Wang runtuh akibat kejadian kepala air semalam. - Foto BERNAMA



ALOR SETAR: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) menutup serta merta semua Taman Eko Rimba yang diuruskan jabatan itu termasuk kawasan peranginan Bukit Wang, Jitra yang dilanda fenomena kepala air semalam.
Pengarahnya, Muhamad Abdullah, berkata keputusan itu diambil berikutan cuaca hujan tidak menentu dan kadar taburan hujan yang tinggi sehingga boleh menyebabkan risiko berlakunya kepala air.
"Kejadian fenomena kepala air yang berlaku di Bukit Wang iaitu di Kompartmen 24, Hutan Simpan Bukit Perangin berlaku akibat kadar taburan hujan yang tinggi.
"Ia bukan disebabkan pembalakan, malah anggota dan pegawai JPNK sudah melakukan pemantauan di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Muhamad dalam pada itu turut meminta orang ramai tidak mengunjungi kawasan Taman Eko Rimba buat sementara waktu bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Fenomena kepala air di Bukit Wang semalam, susulan hujan lebat sejak jam 6 petang semalam, menyebabkan berlaku banjir kilat di kawasan penempatan dengan air dilaporkan naik sehingga lebih 1.5 meter.





Pages: [1]
View full version: Taman Eko Rimba Jabatan Perhutanan Kedah ditutup


ADVERTISEMENT