kerisnaga Publish time 10-11-2021 07:26 PM

Ulu Pauh dilanda banjir, 25 mangsa dipindah

Ulu Pauh dilanda banjir, 25 mangsa dipindahOleh Aizat Sharif - November 10, 2021 @ 9:56ambhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo_2021-11-10_10-03-52_1636510036.jpg

ARAU: Seramai 25 orang daripada 10 keluarga di sekitar kawasan di Ulu Pauh, di sini terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Ali Imran, Ulu Pauh selepas rumah mereka dinaiki air akibat banjir yang melanda rumah mereka semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Perlis, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud, berkata hujan lebat selama empat jam bermula dari 4.30 petang menyebabkan beberapa kawasan di Ulu Pauh dinaiki air kira-kira 0.30 meter.
Katanya, kawasan yang terbabit termasuk laluan di Jalan Kuala Perlis-Changlun berhampiran Ulu Pauh dan susur keluar ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh Putra.
"Sehingga 1.25 pagi ini, PPS di Masjid Ali Imran, Ulu Pauh yang mula dibuka pada 10 malam semalam itu kini menempatkan 25 mangsa daripada 10 keluarga yang mana membabitkan 13 wanita, lima lelaki dan tujuh kanak-kanak.



https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo_2021-11-10_10-03-48_1636510039.jpg


"Mangsa dipercayai penduduk dari Kampung Alor Setar dan Kampung Katong dan seramai enam anggota APM serta tiga petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis ditempatkan di PPS ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, pihaknya kini sedang melakukan pemantauan banjir di sekitar kawasan berhampiran Ulu Pauh bagi memastikan tiada mangsa terperangkap.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/ulupauh_1636510033.jpg







kerisnaga Publish time 10-11-2021 07:27 PM

4_ByxQV0cRI
Pages: [1]
View full version: Ulu Pauh dilanda banjir, 25 mangsa dipindah


ADVERTISEMENT