kerisnaga Publish time 10-11-2021 07:21 PM

49 mangsa banjir di dua kampung dipindah

49 mangsa banjir di dua kampung dipindahOleh Zuliaty Zulkiffli - November 10, 2021 @ 11:43ambhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhpindah10-o_1636517668.jpg
Keadaan Kampung Nang Mah dan Kampung Kubang Kayu yang dilanda banjir akibat hujan lebat sejak semalam. - Foto Bomba


BUKIT KAYU HITAM: Pasukan Bomba berjaya menyelamatkan 49 mangsa di dua kampung, di daerah ini yang terperangkap selepas rumah mereka dinaiki air akibat banjir, hari ini.
Ini berikutan, hujan lebat yang melanda daerah itu sejak semalam mengakibatkan aliran air sungai laju.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata 34 mangsa adalah di Kampung Nang Mah di sini dan 15 mangsa lagi di Kampung Kubang Kayu, Changlun, di sini.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir itu pada jam 4.52 pagi tadi di Kampung Nang Mah selepas kawasan itu dinaiki air setinggi satu meter.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhpindah10ax_%281%29_1636517677.jpgKeadaan Kampung Nang Mah dan Kampung Kubang Kayu yang dilanda banjir akibat hujan lebat sejak semalam. - Foto Bomba
https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhpindah10ax_%282%29_1636517674.jpghttps://assets.bharian.com.my/images/articles/bhpindah10ax_%283%29_1636517671.jpg
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam yang diketuai Yazid Abdul Razak membantu memindahkan mereka ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Tradisi, di Changlun.
"Dalam pada itu, anggota BBP Bukit Kayu Hitam turut memindahkan 15 mangsa daripada lima keluarga di Kampung Kubang Kayu, di sini selepas menerima panggilan berhubung kejadian banjir pada jam 6.55 pagi tadi.
"Kesemua mereka juga dipindahkan ke PPS Kampung Tradisi selepas paras air mencecah satu meter di kawasan kampung berkenaan.
"Tindakan anggota bomba memastikan kesemua mereka dipindahkan ke lokasi selamat," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, operasi tamat pada jam 8.24 pagi tadi.





Pages: [1]
View full version: 49 mangsa banjir di dua kampung dipindah


ADVERTISEMENT