Resepi Siakap 3 Rasa "Modal Nipis" Tapi Sedap Macam Kat Restoran
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/10/114026u0d5qtdkdzc5sc0d.pngBaru-baru ini kecoh di Facebook mengenai harga ikan Siakap mencecah RM1,196 seekor yang tular dipercayai selepas dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook ke platform media sosial tersebut.
Dia dipercayai pelanggan yang datang makan di sebuah restoran terapung di Langkawi pada 3 Oktober lalu dan telah memuat naik ke platform media sosial bil yang memaparkan harga hidangan seekor ikan siakap didakwa terlalu mahal dikenakan oleh peniaga.
Kenapa bayar lebih kalau mampu buat sendiri? Buat yang teringin nak makan Siakap 3 rasa dan nak cuba masak sendiri dirumah, resepi yang dikongsikan oleh Wan Luqman ini mungkin sangat membantu. Jom cuba, pasti pasangan anda puji melambung!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/10/112432vw7wf9wrcvo6dq59.png
1- Ok, mula² dapatkan 1 ekor ikan siakap. Ambik saiz kecik² atau sedang² je ok. Cuci bersih², lumur garam kemudian lumur dengan tepung jagung. Tebal² lumur dia ye
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/10/112555gm16zkkzs3ectgkp.png
2- Panaskan kuali, baru letak minyak. Renjis² dulu bagi terbuang lebihan tepung tu.
Pastikan minyak banyak tau
Ok rasanya dah banyak kali bagi tips nak goreng ikan ni. Skip yaaa...
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/10/112648c6qqqzgjojygog3o.png
3- Dah siap goreng. Tengok, takde kesan hitam hangit / hangus ya ikan ni dan takde pecah² pun. Ikutlah tips yang kander pernah berikan dulu.
Takde warna kuning kunyit, bagi aku warna kunyit tu mengganggu rupa sikit kalau utk 3 rasa.
EDITED : Panaskan kuali sampai berasap, kemudian masukkan sedikit minyak ratakan ke seluruh permukaan kuali. Tuang balik minyak tu...panaskan kuali balik dan masukkan minyak banyak terus
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/10/112733y1k1mikk5h3tbp3m.png
4- Okay, untuk bahan sos kita start dulu dengan tumis bawang putih cincang. Takde sukatan berapa ulas. Freeplay
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/10/112807tj8gjcf8micyxivh.png
5- 2sb lada lumat.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/10/112843jv96j9vj06nubndb.png
6-2sb bawang lumat. Kalau nak kuah lebih, boleh lebihkan sikit lagi bawang ni. Kemudian tumis sehingga sedikit garing.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/10/112918q3n8fepzkky31nkn.png
7- Masukkan 2sb sos tiram
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/10/112953xbgiiezla2s4o5hi.png
8- 2sb sos cili
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/10/113029u289ppy3xk9a3p2a.png
9- 3sb air perahan limau nipis, atau boleh beli yang dah siap dalam botol
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/10/113108k3og7o44zg899qzc.png
10- Masukkan palm sugar atau gula biasa kalau takde palm sugar. Level kemanisan ikut kehendak sendiri. Kalau pedas melampau, lebihkan gula ya...
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/10/113143p6hg62persrzjegz.png
11- 1sb nampla
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/10/113227h4j1z8ptk3qy9ypy.png
12- Bile bahan sos dah betul² garing, masukkan sedikit je air kemudian masukkan bahan² ini yang dihiris dadu
- celery
- bawang holland
- cili padi
- nenas
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/10/113305oggqyig3zqyiyq01.png
13- Ni sedikit kelainan. Kander suka aroma daun sup. Masukkan hirisan daun sup
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/10/113400kreeeeiqr3krsssi.png
14- Dah siap curah terus atas ikan...masa ni mejejes air liur weh
Selamat mencuba! Kalau dah siap mohon kongsikan gambar di ruangan komen dibawah ya. - CARI
x pandai cuci ikan nie ade bau dia... musangbodoh: x pandai cuci ikan nie ade bau ...
kena tarik urat dlm dan tepi2 tulang belakang dia..pastu lumur asam jawa..perap 5 min n bilas air bersih dan keringkan
sblom sadur tepong jagong, lumur sos ikannn luar dalam..
goreng smpai rangup..tak rasa lumpur..nti cuba ya siakap RM1,196 kerrr suka tabur garam sikit saja dan tepung jagung cukup cukup...minyak banyak dan kena panasssss sedapnya. Terima kasih perkongsian. Boleh cuba nnti febreze replied at 10-11-2021 03:20 PM
kena tarik urat dlm dan tepi2 tulang belakang dia..pastu lumur asam jawa..perap 5 min n bilas air ...
Senang ke nampak urat tu? Atau kena belah tepi ikan and tarik keluar urat2 tu?
Tq
<a href="https://b.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=200530">url</a>
url Acik prefer kerapu dari siakap. Ada je jual kerapu kecik dan harga marhaen. Tiga rasa apanya macam ni?
Pages:
[1]