kerisnaga Publish time 9-11-2021 10:21 PM

Mangsa terperangkap akibat kepala air di Bukit Wang

Mangsa terperangkap akibat kepala air di Bukit WangZuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/banjir_1636465950.jpg
TANGKAP layar video kejadian kepala air di kawasan peranginan di Bukit Wang hari ini. FOTO Ihsan Pembaca



Jitra: Fenomena kepala air melanda kawasan peranginan sekitar Bukit Wang malam ini, susulan hujan lebat berterusan sejak jam 6 petang, hari ini.
Keadaan itu turut menyebabkan berlaku banjir kilat di kawasan penempatan dengan air dilaporkan naik sehingga lebih 1.5 meter.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata ketika ini anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra sedang menjalankan operasi memindahkan mangsa yang terperangkap akibat banjir.
Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.08 petang.
"Setakat ini kita dimaklumkan ada mangsa terperangkap di kawasan air terjun di Bukit Wang dan anggota dari Unit Must Team serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) sudah berada di lokasi untuk melakukan operasi menyelamat.
"Pada masa sama, kita turut menerima panggilan terdapat 16 mangsa terperangkap akibat banjir di atas bukit di Batu Sungai Changlun, Bukit Kayu Hitam," katanya ketika dihubungi.
Mohamadul Ehsan berkata, setakat ini kejadian banjir menjejaskan tiga rumah yang dinaiki air setinggi hampir 1.52 meter.
"Kerja penyelamatan yang dilakukan berjaya mengeluarkan seramai lapan mangsa dari tiga rumah ke lokasi selamat.
"Kita juga mengarahkan anggota melakukan penilaian lengkap risiko di tempat kejadian serta memastikan tiada lagi mangsa yang tertinggal," katanya.
Disiarkan pada: November 9, 2021 @ 9:52pm





Pages: [1]
View full version: Mangsa terperangkap akibat kepala air di Bukit Wang


ADVERTISEMENT