kerisnaga Publish time 9-11-2021 09:23 PM

Pemandu langgar lari diburu

Pemandu langgar lari diburuZuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SDSDSSS_1636454576.jpg
Video tular memaparkan pemandu kereta Toyota Corolla terus memandu selepas melanggar sebuah kenderaan lain di simpang jalan berhampiran Persiaran Bukit Jambul 5, di sini.


Georgetown: Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis Toyota Corolla yang dipercayai terbabit dalam insiden perlanggaran membabitkan dua kenderaan di Persiaran Bukit Jambul 5, di sini, semalam.
Video menerusi rakaman dashcam insiden berkenaan juga tular menunjukkan pemandu kereta terbabit terus memandu selepas melanggar kereta Perodua Alza di simpang jalan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam kejadian pada jam 8.48 pagi itu, kereta Perodua Alza sedang berhenti di simpang dan bersedia untuk membelok sebelum dilanggar oleh kenderaan suspek dari arah belakang.
Katanya, kereta yang dipandu suspek didapati tidak mengikut giliran dan memotong ke kanan iaitu garisan berkembar dan melawan arus.
"Kereta suspek kemudian mencelah masuk semula ke laluan asal di bahagian kiri apabila terdapat kenderaan lain dari arah bertentangan.
"Tindakan pemandu Toyota Corolla itu menyebabkan dia melanggar bahagian belakang kereta Perodua Alza yang dipandu oleh lelaki warga tempatan," katanya kepada media di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Soffian berkata, akibat perlanggaran itu, pemandu Perodua Alza turun dari kenderaannya dan cuba hendak berbincang.
Namun, suspek bukan sahaja enggan memberi kerjasama, malah memecut kenderaan serta melarikan diri.
"Mangsa kemudian membuat laporan polis dan pemeriksaan mendapati berlaku kerosakan kecil di bahagian kanan pada belakang kereta Perodua Alza, manakala pemandunya tidak cedera.
"Setakat ini, pemandu atau pemilik berdaftar kenderaan Toyota Corolla berkenaan masih belum tampil bagi membuat laporan polis.
"Usaha mengesan pemandu dan pemilik kenderaan juga sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959," katanya lagi.
Terdahulu, video berdurasi sejam 18 minit itu dikesan selepas dimuatnaik pemilik halaman di Facebook yang memaparkan kejadian sebuah kenderaan melanggar kenderaan lain dan melarikan diri sehingga membahayakan pengguna jalan raya.
Disiarkan pada: November 9, 2021 @ 6:43pm





kerisnaga Publish time 9-11-2021 09:24 PM

YypZdlOW-a8

sfhzuraz Publish time 10-11-2021 10:57 AM

moga cepatlah kena tangkap.

prettyuglybabe Publish time 10-11-2021 11:00 AM

P sama P..
plate number dah jelas terpampang..
tu pun susah ke nak cari..
Pages: [1]
View full version: Pemandu langgar lari diburu


ADVERTISEMENT