kerisnaga Publish time 9-11-2021 09:12 PM

JPJ keluar notis kenderaan di bahu jalan

JPJ keluar notis kenderaan di bahu jalanOleh Zuhainy Zulkiffli - November 9, 2021 @ 3:45pmbhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bolbo9_1636444210.jpg
JPJ mengeluarkan notis kepada pemilik kenderaan kerana menjadikan laluan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai parkir. - Foto JPJ


BAYAN LEPAS: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan notis kepada pemilik kenderaan berat yang diletakkan di bahu jalan, sekitar Jalan Batu Maung dan Zon Perdagangan Bebas.
Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa, berkata operasi berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dibuat berikutan tindakan pemandu menjadikan laluan berkenaan sebagai parkir mengakibatkan laluan empat lorong menjadi sesak pada waktu puncak.
Katanya, 48 notis yang dikeluarkan kerana tindakan pemandu kenderaan berat menyebabkan pandangan pengguna jalan raya lain terhalang dan boleh berisiko berlaku kemalangan.https://assets.bharian.com.my/images/articles/bahujalanPENANG_1636444216.jpgJPJ mengeluarkan notis kepada pemilik kenderaan kerana menjadikan laluan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai parkir. - Foto JPJ
"Kita juga akan melakukan pemantauan berterusan di kawasan itu supaya semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, notis dikeluarkan mengikut Seksyen 115(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memerlukan mereka hadir ke pejabat JPJ.
"Kenderaan berkenaan perlu mempunyai tempat parkir yang sudah disyaratkan dan tidak boleh meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan, " katanya.










Pages: [1]
View full version: JPJ keluar notis kenderaan di bahu jalan


ADVERTISEMENT