kerisnaga Publish time 9-11-2021 09:04 PM

Sik lokaliti pertama projek rintis tangani miskin tegar

Sik lokaliti pertama projek rintis tangani miskin tegarOleh Safeek Affendy Razali - November 9, 2021 @ 7:57pmsafeek@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/tokpah_%282%29_1636459058.jpg
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berbual dengan penduduk ketika lawatannya ke Sik, Kedah pada Sabtu lalu.


KUALA LUMPUR: Sebuah kampung di Sik, Kedah, dicadang sebagai lokaliti pertama projek rintis membasmi kemiskinan tegar secara holistik.
Pendekatan baharu itu membabitkan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, badan berkanun, universiti, pertubuhan masyarakat sivil (CSO), organisasi berasaskan komuniti (CBO) setempat dan pihak swasta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata perkara itu dibincang dalam sesi Lingkaran Kemiskinan (Poverty Circle) kelima hari ini, susulan lawatannya ke Sik, Kedah, Sabtu lalu.
"Perbincangan hari ini adalah bagi mengenal pasti pendekatan holistik yang lebih berkesan untuk menghapus kemiskinan tegar di lokaliti terpilih.
"Usaha ini adalah sebahagian daripada langkah pelaksanaan strategi Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) yang meletakkan sasaran menghapus kemiskinan tegar pada 2025 dengan mentransformasikan pendekatan bagi membasmi kemiskinan tegar.
"Program rintis basmi kemiskinan tegar ini akan dilaksanakan di beberapa lokaliti lain seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan.
Mustapa berkata, berdasarkan maklumat data eKasih ketika ini, ada kira-kira 178,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar yang produktif berusia antara 15 hingga 60 tahun di seluruh negara.
Sesi secara maya itu dihadiri Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman; Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen dan Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi, Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.
Selain itu, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ruji Ubi dan Pengarah Pembangunan Negeri Kedah, Datuk Dr Mehat Sany Megat Ahmad Supian.
Mustapa berkata, pelaksanaan pendekatan itu memerlukan pangkalan data yang tepat.
"Pemutihan data eKasih sedang dilaksanakan oleh pihak ICU bagi memastikan ketelusan dan ketepatan maklumat kumpulan sasar," katanya.





Pages: [1]
View full version: Sik lokaliti pertama projek rintis tangani miskin tegar


ADVERTISEMENT