RamonaFlower Publish time 9-11-2021 02:46 PM

Tolong saya

Edited by RamonaFlower at 1-2-2022 05:07 AM

-deleted--

Rockafella Publish time 9-11-2021 03:05 PM

Berat lagi masalah kita, berat lagi masalah orang. Tiada apa yang orang luar dapat nasihatkan apatah lagi masuk campur hal keluarga orang. Tetapi apa yang mungkin boleh dilakukan adalah, lantiklah orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pihak. Jika tidak berjaya, cuba lagi sehinggalah ke tahap maksima. Sesudahnya, mulakanlah hidup baru dan berdoalah agar terbuka hati si kakak menerima pelawaan untuk berdamai.

prettyuglybabe Publish time 9-11-2021 03:33 PM

ni dah boleh balik ni, u balik je la sendiri pi amik semua album tu..
kalau dah tau dorang tak nak layan u..

RamonaFlower Publish time 9-11-2021 03:33 PM

Rockafella replied at 9-11-2021 07:05 AM
Berat lagi masalah kita, berat lagi masalah orang. Tiada apa yang orang luar dapat nasihatkan apatah ...

Disebabkan sy jenis diam dan suka jauhkan diri, semua org percaya kat kakak sy. Takde org tgh yg dpt membantu melainkan ayah sy. Tp dah dua hari sy contact ayah sy, dia tak bls msg2 sy dan tak angkat call sy. Susah hati sy. Sebelum mak sy meninggal sy ada ucapkan terima kasih sbb sudi jaga mak tp semasa mak sy meninggal dia diam sepi tanpa update apa2 kat sy. Waktu dikebumikan ke apa semua senyap. Hati ni ralat sgt

RamonaFlower Publish time 9-11-2021 03:36 PM

prettyuglybabe replied at 9-11-2021 07:33 AM
ni dah boleh balik ni, u balik je la sendiri pi amik semua album tu..
kalau dah tau dorang tak nak l ...

Semua tu kat rumah abg ipar sy. Sy risau kalau sy balik, semua sia2 sbb dulu sy pernah balik, dia call sy ckp 'ko jgn jejak kaki ke rumah aku'. Masa tu mak mentua dia call sy ajak dtg rumah anak dia. Sy takmau dtg tp mak mentua dia berkali2 paksa dtg sbb rindu. Dulu kami rapat.

prettyuglybabe Publish time 9-11-2021 04:00 PM

RamonaFlower replied at 9-11-2021 03:36 PM
Semua tu kat rumah abg ipar sy. Sy risau kalau sy balik, semua sia2 sbb dulu sy pernah balik, dia...

ajak la you husband and mil..
dah kata kalau ada orang dia tak buat perangai..
cuba jadi bijak sikit..
dah orang pijak kepala pun nak berserah je kenapa..
pergi berdepan amik barang u and suruh tunjuk mana kubur..

Rockafella Publish time 9-11-2021 04:18 PM

RamonaFlower replied at 9-11-2021 03:33 PM
Disebabkan sy jenis diam dan suka jauhkan diri, semua org percaya kat kakak sy. Takde org tgh yg d ...

Tak pastilah apa yang sedang berlaku di sebelah pihak sana. Tetapi kebiasaannya, benda yang melibatkan kematian pasangan ini akan mengambil masa yang lama untuk move on semula. Berikan sedikit ruang, fikirkan yang positif. Bila dah tiba masa yang sesuai, sis beranikan diri untuk menyelesaikan segala kekusutan ini dengan cara berdepan dengan mereka semua. Sis dah dewasa, sungguhpun sis rasa sis dibenci oleh kakak sis, beranikan diri. Dia tak boleh control sis lagi seperti mana masa muda-muda dulu. Tak pasti kalau dia cuba membuli sis dan kalau ye, bangkit dan lawanlah dia. Jangan tunjukkan diri itu lemah.

Tetapi jangan lakukan hal ini di depan ayah sis.

rospinki Publish time 10-11-2021 11:06 AM

dalam apa jua keadaan takde siapa yg dapt bantu melainkan diri sendiri. maka itu keraskan hati dan teruskan saja apa yg perlu kau lakukan. alang2 org dah benci biar benci sampi ke mati.

Ayda89 Publish time 28-12-2021 02:27 AM

YaAllah kesian u sis..Betul kata forumers lain kat atas tu. Samaada u mintqk tlg mil/hubby u atau u lupakan terus psl depa. Mcm tu je pilihan yg u ada. Then u mengadu kat Allah apa yg depa buat dekat u tu, nnti inshaallah dpt la depa teguran dr Allah:)
Pages: [1]
View full version: Tolong saya


ADVERTISEMENT