kerisnaga Publish time 9-11-2021 11:59 AM

Banjir di Kedah makin pulih

Banjir di Kedah makin pulihZuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/9jir1_1636419525.jpg
MANGSA banjir yang berada di PPS SMK Convent. FOTO Luqman Hakim Zubir.



Alor Setar: Mangsa banjir di Kedah terus berkurangan dengan 500 orang daripada 132 keluarga berada di enam pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi hari ini.
Pengurangan itu berbanding 530 mangsa daripada 138 keluarga pada 8 malam tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, cuaca baik dan banjir semakin surut menyumbang kepada pengurangan berkenaan.
Katanya, empat PPS beroperasi di Kota Setar yang menempatkan 249 mangsa daripada 64 keluarga, manakala dua lagi beroperasi di Pendang bagi 251 mangsa daripada 68 keluarga.
PPS aktif adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Darul Hikmah (25 mangsa, 5 keluarga); SK Convent (25 mangsa, 6 keluarga); Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent (134 mangsa, 37 keluarga) dan SMK Simpang Kuala (65 mangsa, 16 keluarga).
PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah menempatkan 170 mangsa daripada 43 keluarga, manakala Dewan Cenderawasih 81 mangsa daripada 25 keluarga.
Disiarkan pada: November 9, 2021 @ 8:59am





Pages: [1]
View full version: Banjir di Kedah makin pulih


ADVERTISEMENT