kerisnaga Publish time 9-11-2021 11:05 AM

13 motosikal hangus dalam kebakaran

13 motosikal hangus dalam kebakaranOleh Zuhainy Zulkiffli - November 9, 2021 @ 9:38ambhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/msg-1464310694-406870_1636421882.jpg
Anggota bomba memadamkan kebakaran membabitkan 13 motosikal di Blok 3 Desa Mawar, Lintang Kampung Melayu, Air Itam di sini, hari ini. NSTP/Ihsan JBPM


GEORGETOWN: 13 motosikal yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan Blok 3 Flat Desa Mawar di Lintang Kampung Melayu, di sini musnah dalam kebakaran awal pagi, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.12 pagi.
"Ketika tiba di lokasi, didapati api marak dan kebakaran membabitkan deretan motosikal yang diletakkan di kawasan parkir.
"Anggota bomba mengambil masa lima minit bagi mengawal kebakaran," katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, kebakaran berkenaan tidak membabitkan struktur bangunan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sebanyak enam daripada 13 motosikal itu didapati 100 peratus terbakar.
"Operasi tamat pada jam 4.46 pagi manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.





kerisnaga Publish time 9-11-2021 11:06 AM

kena khianat?

paanley Publish time 9-11-2021 11:15 AM

ada yg berdendam dgn penghuni situ agaknya
Pages: [1]
View full version: 13 motosikal hangus dalam kebakaran


ADVERTISEMENT