Rockafella Publish time 9-11-2021 08:55 AM

'Aku punya malu tu, rasa macam seluruh penghuni langit gelakkan aku. Haishhhh!'



Weh! Kejadian memalukan kat R&R Gambang. Aku salah masuk kereta, dalam tu ada bini orang tengah gendong anak.

Selepas solat, minum apa semua (mengantuk) tu terus pergi ke kereta nak sambung perjalanan ke Kuantan. Pelik la, apesal aku tak lock kereta? Malas nak fikir, aku masuk terus, adjust kerusi apa semua. Tiba-tiba apak terkejut aku ada perempuan kat sebelah!

Aku, "Eh?" bila masa aku berbini? Memanglah selepas solat tadi aku berdoa semoga dimurahkan rezeki, dianugerahkan jodoh yang baik-baik. Tetapi takkanlah on the spot terus beristeri?

Aku: "Eh?!"
Akak: "Eh?? Awak siapa? Mana suami saya?"
Aku: "Manalah saya tahu. Akak buat apa kat kereta saya?"
Akak: "Ini kereta saya (Muka cuak giler)"

Aku kalut keluar kereta, jenguk nombor plat. Eh sama! Ini kereta aku. Nak kepastian, aku keluarkan kunci tekan unlock button. Sekali kereta sebelah yang menyala.

GILER MALU LA SIOT!

Aku nampak ada lelaki ini pandang gerun dari jauh, pastu datang melulu kat kereta (mungkin suami dia kot). Sekali betullah suami dia.

"Sorry bang, salah kereta. Kereta kita sama," muka aku dah panas malu.

"Kau ni, buat cemas je, ingatkan nak menculik," dia gelak, pastu aku pun gelak awkwardly. Aku start kereta, mulakan perjalanan seperti biasa. Rasa mengantuk pun dah hilang. Kepada akak tu, maaf saya tak sengaja okay.

Sekian cerita ringkas malam ni. Selamat malam.

Aku punya malu tu, rasa macam seluruh penghuni langit gelakkan aku. Haishhhh!

Sumber: Sopi

musangbodoh Publish time 9-11-2021 09:24 AM

eleh cuba masuk2 kete ade atikah suhaime sebelah...mau masuk gear bwk lari;P

Rockafella Publish time 9-11-2021 09:35 AM

musangbodoh replied at 9-11-2021 09:24 AM
eleh cuba masuk2 kete ade atikah suhaime sebelah...mau masuk gear bwk lari

Atikah Suhaime? Tibehhhh! :lol:

mattzzx Publish time 9-11-2021 05:36 PM

aduiii malunyaa ....:'(

namemysoul Publish time 9-11-2021 11:08 PM

Dolu2 zmn study pokok penah slh naik bas masa berenti kat R&R...ble masuk bas, pelik apsal tmpt duduk ader baju plak..rhopernye 2 bas dr sykt sama parking sblh menyebelah, destinasi lain2...:dizzy:..

Dah lah bas tu penuh dgn manusia...sume gelak2 jer...

Lps tu setiap kali naik bas musti pokok amek no plat siap2....malunyer...hehehehehehehehe

yayarin Publish time 10-11-2021 11:33 AM

namemysoul replied at 9-11-2021 11:08 PM
Dolu2 zmn study pokok penah slh naik bas masa berenti kat R&R...ble masuk bas, pelik apsal tmpt dudu ...

sama. penah jugak salah naik bas. elok bas sebelah menyebelah jurr
mujur sedar. klu tak sedar ikot la mana destinasi bas tu. haha

Kadbaru Publish time 18-11-2021 11:39 AM

malunya tu.. auto jadi introvert
Pages: [1]
View full version: 'Aku punya malu tu, rasa macam seluruh penghuni langit gelakkan aku. Haishhhh!'


ADVERTISEMENT