kerisnaga Publish time 9-11-2021 12:12 AM

Zii Jia alami kepenatan mental - Hendrawan

Edited by kerisnaga at 9-11-2021 12:13 AM

Zii Jia alami kepenatan mental - HendrawanOleh Helmi Talkah - November 8, 2021 @ 10:42pmhelmi.talkah@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/huks_1636382513.jpg
Hendrawan (kiri) akui Zii Jia alami keletihan mental selepas harungi lima kejohanan berturut-turut di Eropah.


KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan mengakui anak didiknya, Lee Zii Jia mengalami keletihan dari aspek mental selepas mengharungi lima kejohanan berturut-turut di Eropah.
Pemain nombor lapan dunia itu terlepas peluang bagi merangkul gelaran kedua tahun ini apabila terpaksa menarik diri di set penentuan ketika aksi final Terbuka Hylo di Jerman menentang lawan dari Singapura, Loh Kean Yew, awal pagi tadi.
Pada aksi di Saarlandhalle Saarbrucken itu, Zii Jia, 23, yang juga juara Seluruh England 2021 terpaksa menarik diri di set ketiga dia ketinggalan 12-17 selepas dilaporkan mengalami kecederaan belakang.
Sebelum itu, dia menang set pertama 21-19 namun Kean Yew bangkit memenangi set kedua 21-13 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.
Kejohanan di Jerman itu adalah aksi kelima berturut-turut Zii Jia selepas turut beraksi dalam saingan Piala Sudirman, Piala Thomas, Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis.
"Zii Jia sudah cuba semaksimum yang boleh. Tidak perlu bercakap mengenai taktikal atau strategi kerana Zii Jia sedikit kepenatan dari aspek mental.
"Ini adalah pengalaman baharu buat Zii Jia… kini terpulang kepada dia bagaimana untuk mengatasi dan mengawal masalah kepenatan ini.
"Mengenai kecederaan belakang, masih ada beberapa hari untuk dia berehat. Kami akan buat keputusan di saat akhir, jika dia masih belum pulih sepenuhnya, mungkin akan menarik diri daripada saingan Masters Indonesia (16 hingga 21 November)," kata Hendrawan kepada BH Sukan.
Sebagai rekod, ini bukan kali pertama pemain berasal dari Alor Setar, Kedah itu mengalami kecederaan belakang selepas turut melalui situasi yang sama pada Ogos tahun lalu sehingga menyaksikan dia terpaksa berehat selama dua bulan.
Keputusan di Jerman menyaksikan Zii Jia gagal melunaskan dendamnya ke atas Kean Yew selepas tewas di tangan lawan itu ketika aksi pusingan pertama Terbuka Perancis, minggu lalu.
Sebelum aksi Terbuka Perancis, dia tersingkir di suku akhir Terbuka Denmark.
Zii Jia sebelum itu membantu skuad badminton negara mara ke separuh akhir Piala Sudirman di Vantaa, Finland dan layak ke suku akhir Piala Thomas di Aarhus, Denmark, bulan lalu.











Pages: [1]
View full version: Zii Jia alami kepenatan mental - Hendrawan


ADVERTISEMENT