kerisnaga Publish time 8-11-2021 10:21 PM

Mengaku salah memandu dalam keadaan mabuk

Mengaku salah memandu dalam keadaan mabukHamzah Osman
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/tan88_1636347761.jpg
TAN mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Langkawi, hari ini, atas dakwaan memandu dalam keadaan mabuk. FOTO HAMZAH OSMAN


Langkawi: Seorang pengurus didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol pada 28 September lalu.
Tertuduh, Tan Jwo Hann, 36, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Ridzwan Salleh.
Mengikut kertas pertuduhan, Tan didakwa memandu kereta dalam keadaan kadar alkohol melebihi tahap ditetapkan iaitu 158 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah ketika ditahan di Jalan Kelibang-Padang Matsirat pada 11.14 malam 28 September lalu.
Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 Pindaan 2020 yang dikuatkuasakan mulai 23 Oktober lalu.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum dua tahun dan denda RM30,000 serta hilang kelayakan memandu selama dua tahun.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Siok Hui manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 ke atas tertuduh dan penjara sebulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Tertuduh kemudian membayar denda berkenaan di kaunter Kompleks Mahkamah Langkawi.
Disiarkan pada: November 8, 2021 @ 1:03pm





musangbodoh Publish time 9-11-2021 05:29 AM

cinis setakat 10k celah gigi je...lenkali leh yam lgi bwk kete lg...

apsal x blistkan je lesen...biaq dia naik grab je seumur idup:curse:
Pages: [1]
View full version: Mengaku salah memandu dalam keadaan mabuk


ADVERTISEMENT