kerisnaga Publish time 8-11-2021 09:32 PM

'Terpijak kaki mangsa di dasar sungai'

'Terpijak kaki mangsa di dasar sungai'Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2021-11-08_15-52-22_1636360146.jpg
Abdul Arif Tahir. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI


Yan: "Saya hanya mampu jerit Allah banyak kali sebaik mengangkat jasad arwah kerana boleh dikatakan setiap hari tengok (lihat) dia bermain di kawasan rumah," kata Abdul Arif Tahir, 24, saksi yang menemukan kanak-kanak yang lemas sdi Sungai Kampung Perupok, hari ini.
Jasad kanak-kanak lelaki, Mohd Hafiz Izzan Awari, 6, yang terjatuh ke dalam sungai itu ditemukan jam 10.05 pagi tadi selepas operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pihak berkuasa sejak jam 6.45 petang semalam.
Menurut Abdul Arif, dia dan rakannya, Mohd Rosdi Othman, 35, menyertai SAR sejak petang semalam dan kembali menyambung pencarian pagi tadi selepas kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh dalam sungai berkenaan pada 6 petang.
"Saya temui jasad mangsa selepas terpijak kaki arwah di dasar sungai berkenaan sedalam 0.5 meter.
"Memang sedih sebab saya tinggal berjiran dengan keluarganya dan apabila ditemui dalam keadaan begini (lemas) memang tak sangka (tidak percaya).
"Semalam air sungai deras sebab hujan dan kami cuba berenang mencarinya tapi tak jumpa," katanya ketika ditemui di lokasi penemuan mangsa, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, bapa mangsa, Awari Md Daud, 34, berkata dia reda dengan pemergian anak ketiga dari lima beradik itu.
Menurutnya, dia hanya menyedari anaknya terjatuh ke dalam sungai itu sekitar jam 6 petang semalam selepas rakannya bertanya sama ada ternampak basikal anak, Mohd Hafiz Izzan atas jambatan di Sungai Kampung Perupok ini.
"Saya tak sedap hati sebaik rakan bertanya di mana Mohd Hafiz dan terus ke kawasan titi (jambatan) untuk mencarinya namun tidak jumpa.
"Saya bergegas pulang ke rumah dan bertanyakan pada abang dan isteri saya, Faryhanun Mohd Sujak, 36, sama ada anak sudah pulang tetapi mereka beritahu dia tiada di rumah menyebabkan saya bertambah bimbang," katanya.
Awari berkata, dia kembali ke jambatan itu sebelum menyusuri sungai berkenaan menggunakan motosikalnya untuk mencari anaknya.
"Sebelum kejadian, Mohd Hafiz Izzan keluar bersama kakaknya berusia sembilan tahun dan sepupu perempuan mereka ke kawasan titi (jambatan)."Kakak dan sepupu mereka pulang ke rumah untuk mengambil basikal dan keluar semula untuk mencari mangsa tetapi (mangsa) tiada di situ.
"Saya turut terjun ke dalam sungai petang semalam untuk mencari anak tetapi disebabkan ketika itu arus sungai deras, saya naik semula ke tebing," katanya.
Awari berkata, dia reda dan bersyukur apabila jasad anaknya akhirnya ditemui hari ini.
Disiarkan pada: November 8, 2021 @ 4:29pm





musangbodoh Publish time 9-11-2021 06:00 AM

Allahu takziah...:'(

sfhzuraz Publish time 10-11-2021 10:45 AM

salam takziah
Pages: [1]
View full version: 'Terpijak kaki mangsa di dasar sungai'


ADVERTISEMENT