kerisnaga Publish time 8-11-2021 09:27 PM

Polis siasat kes baling batu atas jambatan

Polis siasat kes baling batu atas jambatanZuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/808c3ad0-abb2-4363-af4e-67508cdca7f9_1636364332.jpg
FOTO HIASAN.


Jitra: Polis mengesan satu hantarkan video dan WhatsApp yang tular berkaitan kenderaan dibaling batu oleh individu tidak dikenali ketika melalui bawah jambatan di Kilometer 32.6 Lebuhraya Utara Selatan.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, dalam hantaran video itu dirakam melalui "dashcam" kenderaan terbabit mendapati, terdapat beberapa ketulan batu dipercayai dibaling dari sebuah jambatan yang menyebabkan kerosakan pada cermin bahagian hadapan kereta itu.
Beliau berkata, berikutan itu, pihaknya menerima satu laporan polis dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek kerana mempunyai unsur khianat.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kubang Pasu memandang serius perkara ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi bilik gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di talian 04-9176999," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Disiarkan pada: November 8, 2021 @ 5:39pm





musangbodoh Publish time 9-11-2021 06:02 AM

x budak2 atau org mental je buat nie...bolah buat xcden nie...bahaya..

sama gak kes2 bw laju ade kain putih ikut tepi;P

sfhzuraz Publish time 10-11-2021 10:48 AM

baru je tengok video . kt utara jgk ni.

9GPFgHvU-QU

mizruncing Publish time 10-11-2021 10:57 AM

giler betol. takde keje sgt dah gamaknyaaaa:curse:
Pages: [1]
View full version: Polis siasat kes baling batu atas jambatan


ADVERTISEMENT