kerisnaga Publish time 8-11-2021 09:19 PM

Seekor rentung, dua sempat disembelih

Seekor rentung, dua sempat disembelihIzad Thaqif Hassan
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/IMG_0112_1636365488.jpg
Lembu yang terbakar dan mati selepas sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru, Tikam Batu dekat sini hari ini. FOTO IHSAN BOMBA


Sungai Petani: Seekor rentung manakala dua lagi sempat disembelih. Itu yang berlaku terhadap tiga lembu milik penghuni rumah yang terbakar di Kampung Baru Tikam Batu, dekat sini, hari ini.
Kebakaran kira-kira jam 6 pagi itu turut memusnahkan hampir keseluruhan rumah milik mangsa namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Syukri Hashikm berkata, pihaknya menerima panggilan melalui MERS 999 jam 6.32 pagi yang memaklumkan kebakaran sebuah rumah.
Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat Tikam Batu dengan kekuatan lapan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian dan tiba tiga minit kemudian.
"Sebaik tiba di lokasi, kita dapati sebuah rumah kelas B terbakar dan kita menggunakan empat pancutan air daripada jentera untuk memadam kebakaran.
"Kebakaran dapat dikawal jam 6.51 pagi dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira sejam kemudian," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Muhammad Syukri berkata, tiada mangsa yang cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan pemeriksaan lanjut mendapati haiwan peliharaan iaitu lembu turut terbakar dalam kejadian itu.
"Setakat ini siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran dan juga jumlah kerugian yang dialami mangsa," katanya.
Disiarkan pada: November 8, 2021 @ 5:58pm













musangbodoh Publish time 9-11-2021 06:08 AM

lembu auto jd stik...

err rumah kelas b nie cemana yer...tanye gugel ckp kuarters...ehhh
Pages: [1]
View full version: Seekor rentung, dua sempat disembelih


ADVERTISEMENT