kerisnaga Publish time 8-11-2021 09:00 PM

Pemilik restoran hidang 'siakap kontroversi' diberi notis penjelasan

Pemilik restoran hidang 'siakap kontroversi' diberi notis penjelasanOleh Noorazura Abdul Rahman - November 8, 2021 @ 3:01pmbhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/siakap_1636372202.jpg
Foto fail resit yang ditularkan berhubung isu itu.


ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Percatutan 2011 kepada pemilik restoran terapung di Langkawi pada Sabtu lalu.
Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad, berkata notis itu perlu dijawab dalam tempoh lima hari iaitu sebelum Khamis ini bagi mengelak sebarang tindakan sekiranya pemilik restoran berkenaan gagal berbuat demikian.
"Kita beri tempoh lima hari untuk pemilik restoran berkenaan menjawab beberapa perkara di dalam notis itu antaranya berkaitan kos ikan siakap, makanan dan apa-apa yang ada dijual di situ.
"Setakat ini kita masih menunggu maklum balas daripada pemilik restoran itu, buat masa sekarang kita tidak boleh kata salah atau tidak, sebaik sahaja kita terima notis itu kita akan analisa setiap kos yang diberikan secara terperinci samada berlakunya kenaikan harga tidak munasabah atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, makan tengah hari sekumpulan tujuh pelancong di sebuah restoran terapung di Langkawi dikejutkan dengan harga ikan siakap yang didakwa terlalu mahal.
Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial, ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesannya berharga RM1,196.80.
Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan itu termasuk hidangan makanan dan minuman lain, ialah RM1,759.50 dan tular di media sosial.
Mohd Shahran, berkata sehingga kini hanya satu aduan berkaitan diterima pihaknya dan beliau meminta pengguna yang mengalami situasi yang sama terus membuat laporan kepada KPDNHEP.
Katanya, pengguna perlu membuat pilihan yang bijak serta membandingkan harga sebelum membuat pilihan barang atau makanan.
"Sekarang kita sedang lancarkan Ops Menu, operasi ini bukan sahaja kita fokus kepada harga pada menu tetapi juga kepada alat timbangan sama ada alat itu masih sah atau tidak.





musangbodoh Publish time 8-11-2021 09:21 PM

pihak merepot tu mesti terlompat2 gembira dh kacau periuk nasi org...

3chanceno Publish time 11-11-2021 09:02 PM

Nasib labu labi lah lepas ni:o
Jangan nanti dah siasat terus senyop je:sweat3:
Pages: [1]
View full version: Pemilik restoran hidang 'siakap kontroversi' diberi notis penjelasan


ADVERTISEMENT