sharlenetexas Publish time 8-11-2021 04:20 PM

Hero Bukit Kepong, Tan Sri J J Raj meninggal dunia

Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bh.com.my
November 6, 2021 @ 10:35am

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2021/11/884227/hero-bukit-kepong-tan-sri-j-j-raj-meninggal-dunia

KUALA LUMPUR: Pesara polis yang terkenal dengan perjuangannya menyelamatkan mangsa insiden berdarah serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong, Tan Sri J J Raj (Jr) meninggal dunia, hari ini.

Mendiang yang berusia 100 tahun meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Ara Damansara, Petaling Jaya pada jam 1.55 pagi tadi selepas mengalami masalah jantung 'cardiac arrhythmia'.


Berita kematian mendiang disahkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Acryl Sani bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang J J Raj.


"Mendiang yang terkenal selaku Ketua Polis Daerah Pagoh, Johor pernah mengetuai Skuad Harimau (Tiger Squad) untuk menyelamatkan warga Balai Polis Bukit Kepong yang diserang pengganas Komunis, sewaktu era Darurat pada tahun 1950.

"Kemuncak karier mendiang dalam pasukan ialah apabila dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman pada tahun 1974 sebelum menjalani persaraan wajib pada tahun 1976 dengan pangkat Komisioner Polis," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Acryl Sani berkata, jasad mendiang akan dibawa ke Nirvana Memorial Park, Shah Alam, Selangor untuk diberikan penghormatan terakhir oleh ahli keluarga dan orang ramai, petang ini.


Sesungguhnya jasa dan bakti yang pernah dicurahkan oleh pesara CP Tan Sri Datuk Seri Sentosa Setia Diraja J.J Raj (Jr.) sangat besar dan pemergiannya satu kehilangan besar kepada Pasukan dan negara," katanya.

J J Raj dilahirkan pada 27 Julai 1921 di Chemor, Perak dan mendapat pendidikan awal di Sekolah St Michael's Institution di Ipoh, Perak dan mula menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Inspektor Pelatih pada tahun 1946.

"Beliau berkahwin dengan Puan Sri Irene Raj pada tahun 1952 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak dan tiga cucu.

Sepanjang perkhidmatan dalam PDRM, beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting antaranya Ketua Polis Daerah Pagoh (1950), Ketua Polis Daerah Tangkak (1952), Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar (1954), Ketua Polis Daerah Kulim (1955), Ketua Polis Daerah Segamat (1957) dan
Ketua Polis Daerah Kuala Lumpur (1958) dan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan (1959).

Selepas itu, beliau dilantik menjadi Ketua Polis Negeri Pahang (1961), Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Kubu Bharu (1964), Ketua Polis Negeri Sembilan (1967), Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Sarawak (1969) dan Ketua Polis Selangor (1973) dan Pengarah Pengurusan Bukit Aman (1974) sebelum bersara dua tahun selepas itu.

Selepas bersara, mendiang membabitkan diri secara aktif dalam sektor korporat, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan sukarelawan dan persatuan sukan.




https://cache.addthiscdn.com/icons/v3/thumbs/32x32/addthis.png





Pages: [1]
View full version: Hero Bukit Kepong, Tan Sri J J Raj meninggal dunia


ADVERTISEMENT