CARI-MAL Publish time 8-11-2021 03:16 PM

'Penghutang Dari Syurga, Bayar Walau Cuma RM7'

Kesempitan hidup tidak menghalang seorang wanita untuk cuba melangsaikan hutangnya secara beransur-ansur walaupun serendah RM7 sebulan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/08/151457afc02y77qzsrc99o.pngGambar hiasan




Kisah wanita yang dianggap 'penghutang dari syurga' itu dikongsikan Cikgu Mohd Fadli Salleh di Facebooknya pada Ahad.


Mohd Fadli yang turut dikenali sebagai aktivitis sosial berkata, beliau sukar untuk memberi pinjaman wang kepada kepada orang tidak dikenali namun tergerak hati untuk memberikan bantuan kepada wanita tersebut.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/08/151458ky26426i1aacg6gg.png



"Dia terdesak nak pakai duit RM210 Mei lalu. Satu nilai yang aneh pada aku.


"Jarang orang berhutang nilai yang spesifik, biasanya orang genapkan jumlah RM50, RM100 atau RM200, namun kakak ini mohon pinjam RM210, " kongsinya pada Ahad.


Menurut Mohd Fadli, beliau meminjamkan wang tersebut kepada wanita berkenaan dan memberikan syarat untuk membayarnya mengikut kemampuan setiap bulan.


"Kakak ini berpegang sungguh pada janji. Setiap bulan dia akan bayar kadang kala RM10 dan RM20.


"Pernah sekali RM50 dan pernah ada bulan tak dapat bayar tapi dia akan mesej maklumkan.


"Semalam (Sabtu) kakak ini bayar RM7, satu jumlah yang sangat-sangat ganjil orang bayar namun rasanya hanya banyak itu yang dia mampu," ujarnya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/08/151458b01a2ytwmi43rfnd.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/08/151458oy5ety5t3r5rsj38.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/08/151458z6l7eu87uie08ufe.jpg



Beliau menasihatkan orang ramai yang pernah berhutang supaya mencuba kaedah dilakukan wanita tersebut yang tanpa jemu membayar setiap bulan walaupun dalam kuantiti yang sedikit.


"Semoga rezeki kakak ini dan keluarganya terus dimurahkan. Amin," katanya.




Sumber: Sinar Harian

CiliPadiSedap Publish time 8-11-2021 04:29 PM

betul. setuju. vibe positif. kalau cikgu ni xbantu mngkn akak tu pinjam ahlong. lg teruk. terima kasih cikgu.

mamastoney Publish time 8-11-2021 04:39 PM

Nmpak dia betul2 berusaha juga nak byr hutang..smg rezeki dia dan cikgu tu bertambah

Normabaru Publish time 8-11-2021 05:26 PM

Edited by Normabaru at 8-11-2021 07:28 PM

Alhmdlh... Kita nk bg halal pon xralat sbb mmg ada usaha..

ni yang geram ni bila minta kita tlg byr dulu.. Hujung2 bt2 lupa.. Selagi xmntk dia bt bodoh even hari2 tgk benda yang dia beli pki duit kita..

Xde effort lgsg.. End up tpaksa la kita dm minta dia transfer direct xde kona2 xde kias2..

Nama je ank diplomat tp sengkek kemahen:curse:;P:$

Ops terbabas plak.. #OKdonecurhat:$:lol:

makadek Publish time 8-11-2021 05:46 PM

Rasa mcm nk mintak la hutang kt akak tu
aku mmg tk halalkan tk kan sengkek lagi dh masuk 3tahun...

missus_meow Publish time 8-11-2021 06:42 PM

ade usaha nk bayar tu mmg bagus ... agaknya camne tahap susahnya kalo sekadar boleh byr RM7, RM10 ...

che-cikL Publish time 8-11-2021 08:03 PM

Bila baca artikel, rasa kagum. Sekali bila baca text messages, tak dapat iols tahan air Mata bergenang, mengalir terus. Terharu dgn contoh baik yg ditunjuk oleh kedua2 pihak.

Alhamdulillah, semoga Allah mudahkan urusan mereka berdua.

Lengkong Publish time 8-11-2021 08:08 PM

Sedih pulak rasa, bagus lah akak ni. Semoga murah rezeki cikgu dan akak tu.



eyansss Publish time 8-11-2021 08:47 PM

bagus akak ni…manakala di luar sana, dok pinjam2 pastu bila pemiutang minta bayar, simakinya pemiutang tu…

Adrif Publish time 8-11-2021 11:54 PM

baiknya akak ni.

mari ler mendoakan yang baik-baik untuk beliau

orang yang baik, insyaallah selamat dunia akhirat. amiin

jas7512 Publish time 9-11-2021 12:27 AM

Terimgat pula kes i..ada cikgu ni htg 4k dgn i...janji nak byr tapi dah 10 thn x byr2 lg...janji nak byr rm100 sebln pun culas..klu i mati..i halalkan lah htg dia but to be friend..no more sbb x honor the promise walhal ckp berdegar2 psl dosa pahala...tdg labuh tapi htg tarak byr..klu dia buat mcm akak ni..byr ckit2 dlm tempoh 10 thn tu dah habis htg..i bknnya along yg kenakan interest kat htg pun...mmg buat i jera dgn geng2 tdg labuh berjubah ni walaipun segelintir je yg begitu

annehuda Publish time 9-11-2021 05:18 AM

Aku pun penah ada member sekuliah nk pinjam duit kat aku,terkejut gak sbb kitorg bukan bestfriend. Tp sebab kesian bini die tgh sarat aku kasi jelah. Pastu senyap last-last dia 'lupa'. Aku ngadu la kat member lain,sekali tu member tu citer kat aku. Sebenarnya dia mmg kaki hutang pun,dengan semua org dia pinjam duit tapi taknak bayar. Tapi tak sangka plak dia sanggup nk pinjam kat aku sbb belakang aku dia suka kutuk aku.

Time matriks ada sorg budak ni pinjam RM50. Time tu kan zaman blajar RM50 tu besar nilanya bagi student luar bandar mcm aku. Time aku nak mintak balik aku plak kene marah,alah rm50 pun nk berkira ke? Sorry la mmg aku putus kawan pastu

kechikchomel Publish time 9-11-2021 09:24 AM

semoga dimurahkan rezeki akak ni dan cikgu ni.
iolss pun kalau ada orang berhutang, tapi bayar lambat/bayar sikit2 iolss tak kisah. asalkan bayar.
yg tak bayar langsung tu yg hanginnnn~~~
pastu show off macam kaya raya sgt!

Artemesiaa Publish time 9-11-2021 01:45 PM

Syabas buat mereka

Kitty_catz Publish time 9-11-2021 01:56 PM

ada yg naik ke H

hutang rm100 pun tak bayar sampai skang, lalu sebelah pun buat2 tak kenai.. moga keta H kena tarik ;P

nakkomenjugak Publish time 9-11-2021 02:09 PM

Iol asalkan ada effort bayar wp ansuran sikit2 bayar hutang

cucutokwan89 Publish time 11-11-2021 03:51 PM

Tingat cite kwn daku, kt taman dia ada 1 perempuan bg pinjam duit pencen ribu2 kt kawan, masa nk pinjam janji bagai. Tp x bayo pun siap boleh pegi umrah. Sblm gi siap pesan, kalu jd apa2 kt dia minta duit pd anak. Tp elok je la blk ke Malaysia. Cuma kalu btl jadi pape tak pasal2 anak kena tanggung.

ladybugz Publish time 17-11-2021 08:27 PM

dgn rasa rendah diri, i jrg sgt bagi org pinjam duit. dan jarang juga org minta pinjam duit. entahla mungkin i ni jenis ade aura kedekut ke? atau mmg org tau i bukanla jenis berada. salute kat forumer dlm ni slalu bg pinjam duit. i rasa org yg bg pinjam duit ni mmg org2 yg hatinya lembut dan sangat baik hati. waktu susah, pernah la terpaksa pinjam duit. mmg bayar sikit2, sampaila pemberi pinjam tu halalkan. rasa terharu sgt nk nangis dahla org terdekat juga. kali kedua, terpaksa pinjam sekali lg, kali ni mmg niat nk bayar skali gus terus in a few weeks. tetiba datang bgtau nk hadiahkan je kat i. padahal i mmg nk bayar skali gus. x sampai sebulan dah bg gift kat i terus. ya Allah, moga Allah tambahkan rezeki mereka2 yg suka bersedekah terutama mereka yg membantu mereka dalam kesusahan dan kesempitan.

asfaz Publish time 21-11-2021 03:43 PM

Asben ai masa bujang selalu org berhutang tpi tak bayar. Lepas kawin ai tgh sarat 8 bulan cmtu, nak berhutang lagi nak repair enjin kereta. Asben jenis lembut hati. Ai marah , ai ckp kalau bagi, nak beranak tepi jalan ke? Sebelum kesian kat org lain , kesian kat isteri dlu. Dia nak cakap apa lantak dia lah. Ai ckp kalau dia bagi jugak ai report kat mak dia. ;P.

Kawan dia tu pernah buat pinjaman 10k guna penjamin. Lastnya dia tak byar pun hutang bank, tak memasal penjamin tu kena bayar kesian betul. Tak tahu la sekarang dia dah bayar ke tak kat penjamin tu.

AvengersPanther Publish time 24-11-2021 07:21 PM

Orang takde duit pon masih usaha nk bayar hutang tp org yg berduit berbelanja tmpt lain susah nk bayar hutang.
Pages: [1] 2
View full version: 'Penghutang Dari Syurga, Bayar Walau Cuma RM7'


ADVERTISEMENT