ameenarara Publish time 8-11-2021 02:17 PM

4 Selebriti Bollywood Ini Keluar Daripada Islam

Bila lemahnya akidah, pegangan agama pun mula goyah. Inilah yang terjadi pada selebriti Bollywood yang begitu mudah mengambil keputusan untuk keluar dari Islam.


Seperti yang dilaporkan portal murai.my, antara selebriti India yang membuat kejutan ini adalah Saif Ali Khan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/08/133228t6mlggt28n234ty3.jpgFoto: Sumber Internet




Dia telah mengeluarkan kenyataan untuk meninggalkan agama Islam dan menjadi agnostik. Dia percaya bahawa menganuti agama menyebabkan hidupnya menjadi rumit.


Bagi Saif, kebanyakkan agama yang ada didunia hanya memberi tekanan hingga menyebabkan manusia sentiasa membuat perbandingan agama mana yang lebih bagus untuk dianuti.


Selain itu, Nargis Dutt yang merupakan pelakon senior India turut memilih untuk keluar dari agama Islam kerana mahu mengikuti teman lelaki, Sunil Dutt menganut agama Hindu. Kerana cinta sanggup korbankan pegangan agama.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/08/134024ozeakka1sbzwqpk1.jpgFoto: Sumber Internet




Nagma juga tidak terkecuali memilih agama Kristian dan menolak dakwaan bahawa dia memeluk agama baru itu kerana pernikahannya. Dia mengubah kepercayaan agama kerana mahu menyebarkan ajaran kitab Bible ke pelusuk dunia.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/08/134536s89z8q9353mxb858.jpgFoto: Times of India




Seorang lagi selebriti yang tidak mengaku wujudnya Tuhan adalah Farhan Akhtar. Dia memegang prinsip ketiadaan Tuhan ini sehingga sudah berusia 40 tahun ke atas.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/08/134833gpbv7k9qfi8p8bqb.jpgFoto: India TV News




Sedihkan? Tiada pegangan iman yang kukuh akan membinasakan kehidupan terutama bila di alam akhirat nanti. Keluar Islam sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan selebriti India. - CARI

KamikuP Publish time 8-11-2021 03:44 PM

SRK tu caner pulak? Lps upload gambar berhala kat ig terus kifarah anak kene tangkap isap dadah..

cm_vungtau Publish time 8-11-2021 09:24 PM

SRK mengaku islam. Ada youtube bacaan doa yang dia hafal.

shida81 Publish time 9-11-2021 12:24 AM

SRK ada je dengar sebut allah ... cuma tu la sekadar di bibir....
harap2 sempat bertaubat la sebelum mati..
same goes to salman khan.. amir khan...
at least x de la terang ngaku bukan islam mcm si saif ali khan

Shamilia79 Publish time 9-11-2021 10:57 AM

Amir Khan dah pergi haji dengan mak dia.

makton Publish time 9-11-2021 11:08 AM

dorang kat india pun amalkan kawin campur mcm kat indonesia kan?

nakkomenjugak Publish time 9-11-2021 01:59 PM

Yendiaaa
Bollywood
What do u expect

cm_vungtau Publish time 9-11-2021 10:19 PM

Edited by cm_vungtau at 9-11-2021 10:20 PM

shida81 replied at 9-11-2021 12:24 AM
SRK ada je dengar sebut allah ... cuma tu la sekadar di bibir....
harap2 sempat bertaubat la sebelum ...

Tapi kalau dalam Islam berdosa besar kalau kita cakap orang tu kafir tapi sebenarnya dia adalah islam. Yang boleh tentukan orang tu islam atau tidak hanya Allah swt sahaja. SRK memang mengaku islam. Kecuali kalau yang benar2 mengaku keluar islam tu lain la.

shida81 Publish time 10-11-2021 01:00 PM

cm_vungtau replied at 9-11-2021 10:19 PM
Tapi kalau dalam Islam berdosa besar kalau kita cakap orang tu kafir tapi sebenarnya dia adalah is ...

Jap ak ada kt dia kafir ke
Saif Ali Khan tu mmg dia yg ngaku

jijilaaa Publish time 10-11-2021 03:06 PM

islam diaorg kat sana pun dah lain..kalau tgk cite bajrangi bhaijan tu...org islam tp ikat2 tali kuning bagai...tak tau la kot berbeza mazhab ke apa. tapi iktut islam kan kita tak leh guna tangkal

hidet Publish time 11-11-2021 10:41 PM

jijilaaa replied at 10-11-2021 03:06 PM
islam diaorg kat sana pun dah lain..kalau tgk cite bajrangi bhaijan tu...org islam tp ikat2 tali kun ...

Belah sama banyak syiah..tu ikat tali kuning kat paagr sejid

mandear11 Publish time 26-11-2021 04:56 AM

saif ali khan...i dont think so....last aku ada tgk satu rancangan ni..karina belajar islam....setakat nak tau agama suami....
Pages: [1]
View full version: 4 Selebriti Bollywood Ini Keluar Daripada Islam


ADVERTISEMENT